ADUN - Kuala Perlis bakal jadi hab sukan permotoran

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah berkata bahawa daerah Kuala Perlis bakal dibangunkan sebagai hab sukan permotoran dan destinasi pelancongan sukan lasak.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut laporan dari Bernama, usaha itu dilihat selari dengan hasrat kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan untuk memberi galakan kepada golongan muda terlibat dalam sukan permotoran dengan cara yang mengikut undang-undang.

Abu Bakar Hamzah berkata, "Kita mempelawa mana-mana penganjur yang berminat memilih Kuala Perlis sebagai tapak penganjuran sukan permotoran kerana kita ingin tarik lebih ramai pengunjung ke sini seterusnya menjana pendapatan tambahan kepada penduduk setempat yang sebahagian besarnya terdiri daripada keluarga nelayan,"

Kerajaan negeri Perlis juga dikatakan sentiasa bersedia untuk berunding dengan semua pihak yang berminat untuk bekerjasama bagi menjadikan Kuala Perlis sebagai hab sukan permotoran dan destinasi pelancongan sukan lasak.

 

 

Pada 4 Februari lepas bertempat di Pulau Ketam, Kuala Perlis, daerah itu mendapat sambutan yang menggalakkan dari penganjur melalui Pertandingan 4x4.

Abu Bakar Hamzah turut menambah, "Selepas ini akan ada satu lagi kejohanan sukan permotoran iaitu kejohanan motocross pada Mac ini. Penduduk Kuala Perlis mula berminat dengan sukan ini dan insya-Allah saya berharap pada masa akan datang kita dapat mencungkil bakat muda untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa,"

Beliau juga berkata selain penganjuran sukan permotoran, kerajaan Perlis juga akan menganjurkan Kempen Bersih dan Cantik Kuala Perlis sebagai usaha mengindahkan daerah ini yang menjadi satu daripada destinasi pelancongan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ekoran itu, Datuk Abd. Manap Hashim (BN-Pengkalan Baharu) yang bangun mencelah telah mempertikaikan…