Adik tiri Rossi bakal berlumba dalam Moto 2?

oleh Afandi Che Muhamad|
Kuah kalau tidak tumpah ke nasi, ke mana lagi.

Mungkin itu perumpamaan yang sesuai digunakan bagi menggambarkan persamaan antara dua beradik ini.

Terbaharu, Luca Marini yang juga merupakan adik tiri kepada juara Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) sembilan kali, Valentino Rossi dilaporkan bakal berlumba mengikuti jejak langkah abangnya itu.

Memetik laporan Cycle World sebagai berkata, Marini, 20, mengesahkan bahawa dia bakal berlumba dalam kelas Moto 2 mewakili Sky Racing Team VR46 bermula musim ini.

Harus diketahui, pasukan perlumbaan tersebut dikendalikan Akademi Rossi dan syarikat telekomunikasi terkemuka United Kingdom (UK).

Turut hadir pada majlis pengumuman pelumba itu ialah Stefania Palma (ibu kepada Rossi dan Marini).

Gambar di atas menunjukkan Marini (duduk paling kanan) bersama barisan pelumba Sky Racing Team VR46 lain seperti Francesco Bagnaia, Nicolò Bulega dan Dennis Foggia.

Berita Berkenaan

MotorGP
Ini adalah ekoran pembatalan keputusan Lorenzo Dalla Porta yang menduduki tangga ke-11 setelah…
Berita Global
Adam yang sudah lima tahun berhari raya di perantauan berkata perasaan sedih masih ada dan beliau…
Berita Domestik
Ikuti temubual bersama Duta Rasmi GAZOO Racing yang turut serta berlumba dan berjaya memenangi…