Adam Norrodin: Lebih fokus kepada Kejuaraan Moto2 Eropah (CEV)

oleh SALINA JALIL|
Kejuaraan Moto2 Eropah (CEV) menjadi keutamaan buat pelumba negara Adam Norrodin bagi musim 2020, dalam memenuhi impiannya untuk kembali beraksi di Kejuaraan Motosikal Dunia satu masa nanti.


Pada musim ini, Adam dijadual menyertai pasukan Dynavolt Intact SIC Junior Team selepas tahun lalu menamatkan kempen di tempat ke-15 dengan 35 mata bersama SIC Junior Team.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Pelumba berusia 21 tahun itu, hanya melengkapkan empat pusingan daripada lapan kalendar CEV 2019 selepas dipanggil pasukan PETRONAS Sprinta Racing pada September untuk menggantikan slot pelumba asal, Khairul Idham Pawi yang mengalami kecederaan. 

 

"CEV amat penting kerana walaupun saya menyertai perlumbaan di ARRC (Kejuaraan Motosikal Asia), namun CEV adalah yang utama," kata Adam. "Saya masih menyimpan harapan untuk kembali ke Kejuaraan Motosikal Dunia... beraksi dalam kelas Moto2. 

 

"Bagi saya, CEV adalah platform terbaik sebelum ke Kejuaraan Motosikal Dunia untuk memahirkan lagi daripada sudut tunggangan."

 

Selain penyertaan di CEV, pelumba dari Batu Pahat, Johor ini turut dijadual menyertai ARRC 2020  dalam kelas SuperSports 600cc - buat kali pertamanya berkolaborasi bersama adiknya, Ibrahim dalam pasukan ZK Racing. 

 

Adam atau dikenali 'Torete' ketika beraksi di Kejuaraan Motosikal Dunia menamatkan saingan ARRC tahun lalu di tempat ketiga keseluruhan, 130 mata di belakang juara dari Thailand, Peerapong Boonlert. 

 

"ARRC dalam pada itu, dapat membantu saya sedikit sebanyak daripada tunggangan tetapi apa yang utama bagi saya tahun ini adalah saingan di CEV," katanya yang turut pernah beraksi dalam kelas Moto3 di Kejuaraan Motosikal Dunia dari tahun 2016 hingga 2018 itu.

 

 

 

Sumber: BH

Berita Berkenaan

MotorGP
  "Sasaran saya tetap tinggi, saya mengharapkan satu permulaan awal musim yang baik kerana ingin…
MotorGP
  Pengumuman penggantian tersebut telah diumumkan oleh ketua pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing…
Berita Domestik
Turut serta pada acara santai tersebut ialah Ayumu Sasaki, Adam Norrodin, Niki Tulli, Khairul Idham…