Adam Norrodin gantikan Khairul Idham Pawi

oleh SALINA JALIL|
Pelumba Malaysia, Adam Norrodin akan menyertai pasukan Petronas Sprinta Racing Moto2 untuk Grand Prix San Marino hujung minggu depan.


Adam yang berusia 21 tahun akan menggantikan Khairul Idham Pawi yang masih mengalami kecederaan tangan baru-baru ini. Adam sememangnya tidak asing dengan pasukan Petronas. Beliau telah pun berlumba untuk pasukan Petronas sejak dari 2016 sehingga 2018 dalam kelas Moto3.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Pengumuman penggantian tersebut telah diumumkan oleh ketua pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing (SRT), Datuk Razlan Razali. Beliau telah berkata bahawa peluang yang diberikan kepada Adam adalah bertujuan untuk pendedahan dan menimba pengalaman supaya dapat berkembang pada masa depan.

 


Adam juga turut berkata bahawa peluang yang diberikan amat dihargai dan beliau amat berterima kasih kepada Razlan kerana masih mempercayainya dan ini lah masa untuk beliau mempelajari teknik-teknik baharu. 

 

"Jentera Moto2 sememangnya berbeza dari apa yang biasa tunggang, saya tidak sabar mencuba dan akan memberikan yang terbaik kerana ia merupakan salah satu bab baharu dalam karier saya."

 

Perlumbaan di Litar Dunia San Marino Grand Prix akan berlangsung pada 13 September dan perlumbaan utama adalah di litar Misano pada hari Ahad, 15 September.

 

Selamat maju jaya Adam, kami di Careta doakan anda berjaya memberikan yang terbaik!

 

Berita Berkenaan

MotorGP
Sementara itu, pendahulu kejuaraan dunia, Joan Mir yang menamatkan perlumbaan di tempat ketiga…
Informasi
"Kita meletakkan sasaran untuk bakat yang ada kerana pasukan mahukan pelumba cemerlang," katanya…
Sukan Bermotor
Prinsipal pasukan, Datuk Razlan Razali berkata, pasukan sudah memberi banyak ruang kepada pelumba…