Adakah Toyota Raize bakal masuk Malaysia?

oleh Mohamad Hanif|
Melihatkan kepada kejayaan penjualan Toyota Raize di Jepun, terdapat ura-ura di mana SUV kompak itu bakal menuju ke pasaran seterusnya, iaitu Asia Tenggara.

Malah, dalam satu laporan yang diterbitkan oleh rakan media Autonetmagz, pihak Toyota Astra Motor (TAM) dilaporkan bakal mengkaji terlebih dahulu terhadap kesediaan pasaran untuk menerima kehadiran Toyota Raize.

Apatah lagi pada ketika ini segmen SUV sedang meningkat naik di sana, namun menurut Kazunori Minamide, Pengarah Pemasaran TAM mengesahkan mereka 'menunggu masa yang sesuai' untuk membawa masuk model Raize tersebut.

Bagaimana pula ceritanya di Malaysia?

 

Perodua D55L mengikut gambaran artis Ajerul

Syarikat kereta nasional kedua Malaysia, Perodua telah pun mengesahkan SUV D55L yang menggunakan platform Raize/Rocky bakal dilancarkan pada tahun ini dengan nadi 1.0 liter turbo tiga silinder sebaris.

Berita berkenaan kemungkinan jualan Toyota Raize di Malaysia telah pun diajukan dan menurut sumber dalam UMW Toyota yang arif tentang isu ini memberikan pengesahan bahawa Raize tidak akan dijual oleh pihak UMW Toyota.

Ini kerana secara asasnya, Toyota Raize dan Perodua D55L mempunyai spesifikasi yang hampir serupa, dan ia sudah tentu satu persaingan yang kurang sihat antara kedua-dua pengeluar tersebut.

 

 


Apatah lagi sebelum ini Toyota menjual model Rush dengan spesifikasi yang hampir sama dengan Perodua Aruz, namun dengan perbezaan harga RM20 ribu antara kedua-dua model tersebut.

Sudah tentu kelebihan menyebelahi pihak Perodua dengan harga jualan yang lebih rendah.

UMW Toyota dalam satu laporan berita terdahulu mengesahkan kehadiran model SUV baharu Toyota RAV4, dianggarkan dalam tempoh suku kedua tahun ini.

Namun, melihatkan kepada keadaan semasa akibat COVID-19, berkemungkinan besar pelancaran SUV baharu tersebut akan ditunda ke satu masa yang akan diberitahu kelak.

Sumber: Wapcar

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
  Penularan gambar-gambar Toyota Raize yang mengalami kerosakan yang agak teruk ini telah dikongsi…
Berita Global
Malah, jumlah jualan yang dicapai oleh Toyota Raize sebenarnya sudah pun melebihi jumlah yang…
Berita Domestik
SUV D55L itu bakal diposisikan di bawah Aruz dan menjadi model kedua yang dilancarkan selepas…