Adakah ini Volkswagen Golf R?

oleh Mohamad Hanif|
Setelah melancarkan Golf Mk8 termasuklah varian berprestasi tinggi GTI, GTD dan varian plug-in hybrid GTE, Volkswagen kini mempunyai sebuah lagi varian pantas yang perlu dilancarkan, iaitu Golf R.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Sebelum ini, beberapa media automotif sudah pun menerbitkan beberapa gambar intip yang menggambarkan Golf R, termasuklah sebuah hantaran terbaharu dari Instagram Cochespias. 

 

spyshot Golf R. kredit: Motor1

Namun, paparan Golf R kali ini nampaknya tidak membawakan sebarang perbezaan berbanding Golf GTI, terutama bahagian bawah bumper dengan gril sarang lebah, serta jaluran lampu LED yang melintangi bahagian gril cuma ketiadaan logo GTI di bahagian tersebut. 

Namun, ia tetap membawakan rekaan ikonik tip ekzos berkembar di bahagian kiri dan kanan yang menandakan jentera ini merupakan sebuah Golf R sejati. 

Jika Golf GTI membawakan angka 242 hp dari kilang, Golf R pula dijangka menampilkan output yang lebih berkuasa - 329 kuasa kuda yang memasuki wilayah penguasaan Civic Type R FK8. 

Terdapat ura-ura Golf akan didatangkan dengan versi 400 kuasa kuda bagi memberikan saingan kepada Audi RS3 Sportback (400 hp) dan juga Mercedes-AMG A 45 S yang memiliki kuasa sekitar 416 hp. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Hot hatch pacuan semua roda itu dilihat memakai pelekat samaran dengan corak peringatan '50 years…
Model Terbaharu
Ini menjadikan Malaysia sebagai negara kedua di dalam dunia selepas Jerman yang mempunyai kepakaran…
Berita Domestik
Ini adalah berdasarkan semakan di laman web rasmi Volkswagen Malaysia di mana model tersebut telah…