Adakah ini trak pikap Volvo XC90?

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Volvo XC90 mungkin sangat sesuai dijadikan sebagai asas untuk pembangunan trak pikap bersaiz penuh daripada pengeluar Sweeden itu. 

Jadi, ini merupakan gambar manipulasi komputer yang dihasilkan oleh TheSketchMonkey bagi memberi gambaran XC90 versi trak pikap. 

Dalam usaha mentransformasikan SUV tersebut kepada trak pikap, banyak elemen-elemen SUV terpaksa dibuang, manakala jarak antara roda juga telah dipanjangkan bagi memberikan penampilan yang seimbang. 

Hasil akhir rendering yang ditunjukkan ini sebenarnya banyak mengingatkan kita kepada saudara bau-bau bacangnya sebelum ini, iaitu Proton Arena.

Jika Volvo ingin mendominasi pasaran trak pikap pada masa akan datang, mereka boleh belajar daripada Proton untuk menghasilkan trak pikap unibodi yang sesuai untuk kegunaan urban. 

Namun pada hakikatnya, Volvo tidak pernah menunjukkan minat di dalam arena penghasilan trak pikap, malah   mereka mengambil masa yang agak lama dalam memperkenalkan SUV siri 60 dan 90 kepada dunia. 

Namun, XC40 bakal hadir tidak lama lagi dengan varian baharu berkuasa elektrik, manakala hatchback V40 pula mungkin akan tiba pada tahun ini. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bayangkan jika lencana tersebut berada pada trak pikap bersaiz penuh seperti Tundra, baru-baru ini…
Berita Global
Berdasarkan pengamatan ke atas unit yang masih lagi sarat dengan pelekat samaran, Honda Accord…
Berita Global
Imej misteri yang dimuatnaik oleh laman Instagram dc7_integra itu mendakwa ia merupakan sebuah…