Adakah ini trak pikap Ranger generasi baharu?

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Generasi T6 Ford Ranger sudah pun berada di pasaran sejak tahun 2011, dan sedar ataupun tidak, ia sebenarnya kian dekat menghampiri fasa akhir kitaran hidup sesebuah model.

Jadi, sudah tentu ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah generasi baharu Ford Ranger bakal mengambil bentuknya kelak. 

Berdasarkan imej terbaharu yang diperoleh daripada media Australia, tidak dapat dipastikan sama ada ia adalah gambar sebenar tanpa pelekat samaran, atau sekadar imej janaan komputer untuk mengelirukan netizen internet sekalian alam. 

Namun berdasarkan garis badan yang dipaparkan, adalah selamat untuk kita katakan ia model pengganti/generasi baharu Ford Ranger yang dijangka memasuki pasaran menjelang tahun 2021.
 


Tidak seperti rekaan tipikal Ranger masa kini yang agak konvensional dan selamat, para pereka memberikan imej agresif yang dipinjamkan secara terus daripada trak pikap Ford F-Series. 

Ini dapat dilihat menerusi penampilan stance yang lebar, gril serta lampu hadapan berbentuk C dan arca roda yang berbentuk kotak, sememangnya DNA daripada saudaranya yang lebih besar. 

Jika dilihatkan pada keadaan tingkap yang sangat gelap di dalam gambar, ini bukanlah model prototaip sebenar yang hadir daripada Blue Oval, mungkin sekadar model tanah liat untuk melihat potensi generasi terbaharu Ranger. 

Tidak dilupakan, Volkswagen Amarok sangat bergantung harap pada platform Ranger terbaharu ini untuk model tahun 2022, jadi besar kemungkinan ini merupakan model hasil kerjasama antara kedua belah pihak. 

Sumber: WhichCar

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut syarikat BYD juga, BYD Shark akan dijual secara global. Pada Ogos 2023, BYD mengumumkan…
Berita Domestik
Mengikut kedua-dua pertuduhan, bapa tiga anak itu didakwa memandu sebuah kenderaan pacuan empat…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…