Adakah ini Toyota Hilux facelift 2021?

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum ini, terdapat khabar yang menyatakan bahawa Toyota Hilux bakal menerima kemaskini pertengahan kitaran pada tahun 2020, dan terdapat beberapa keping imej yang memaparkan gambaran model facelift Hilux telah tersebar menerusi laman web Instagram.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Laman web automotif Motor1 telah berjaya mendapatkan imej tidak rasmi Toyota Hilux tersebut daripada pengguna Instagram Kurdistan_automotive_blog_ dan juga laman web Milele Motors.

 

 


Jika dilihat seimbas lalu, model facelift Toyota Hilux 2021 ini banyak membawakan elemen daripada saudara trak pikapnya, Toyota Tacoma.

Beberapa perubahan boleh dilihat seperti contoh penampilan lampu utama yang ditawarkan dalam dua versi, iaitu halogen dan LED, tetapan lampu belakang LED penuh dengan rekaan yang berbeza, penambahan warna baharu serta dua set rim bersaiz 17 dan 18 inci.

 


Difahamkan, model Hilux facelift ini akan menerima penambahan kuasa terhadap enjin 2.8 liter diesel turbo sedia ada, yang mana pada ketika ini menghasilkan 174 kuasa kuda dan 450 Nm daya kilas.

Selain daripada model facelift ini, Toyota juga dikatakan bakal membawakan model trak pikap berprestasi tinggi GR Hilux, namun dengan nadi yang lebih berkuasa, iaitu enjin bentangan V6, sistem suspensi dan casis yang dinaiktaraf, serta rekaan yang sedikit agresif berbanding model standard.

Dalam masa yang sama, Toyota juga turut merancang untuk menyatukan model Tacoma dan Hilux menjadi sebuah model tunggal untuk pasaran global dalam masa beberapa tahun akan datang.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
Sistem hibrid ringan itu menampilkan motor elektrik tunggal yang mampu menambah 16 hp dan 65 Nm…
Berita Domestik
Menurutnya, satu laporan polis telah dibuat pada jam 1 tengah hari Isnin oleh lelaki tempatan yang…