Adakah ini rupa sebenar trak pikap Geely RADAR EV?

oleh Mohamad Hanif|
Tidak pun lama sebelum pelancaran rasmi, kelibat sebenar trak pikap buatan Geely nampaknya sudah pun tertiris ke dalam laman maya.
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

Ia bukanlah model yang penuh dengan pelekat samaran meluncur di atas jalan raya, sebaliknya imej tersebut diperoleh daripada slaid pembentangan rasmi baru-baru ini.

Menurut laporan daripada CarNewsChina, trak pikap ini bakal dijual di bawah jenama baharu RADAR - sebuah syarikat subsidiari di bawah naungan Geely.

Berdasarkan slaid pembentangan, RADAR diposisikan sebagai sebuah jenama untuk pengembaraan dan gaya hidup outdoor, dan setiap huruf di dalam RADAR itu sebenarnya mempunyai makna yang tersendiri:
R - Rational
A - Alone
D - Discovery
A - Accompany
R - Romantic

Malah, slogan 'borrow 2 square meters from nature' juga menunjukan hala tuju jenama itu sendiri sebagai sebuah jenama yang bersifatkan cabaran.

Dalam gambar yang tertiris itu, boleh dilihat dengan jelas trak pikap RADAR tanpa sebarang pelekat samaran, dan rupa paras yang menyamai model Geely Haoyue (Proton X90).
 

Radar


Difahamkan, saiz trak pikap RADAR ini adalah lebih kurang sama besar dengan Toyota Hilux yang memiliki saiz 5,325 mm x 1,855 mm x 1,815 mm dengan jarak antara roda sepanjang 3,085 mm.

Banyak media tempatan membuat spekulasi trak RADAR ini bakal dibangunkan atas pelantar SEA daripada Geely, dan ia dilihat bertepatan disebabkan RADAR itu diposisikan sebagai sebuah jenama kenderaan elektrik.

Trak pikap RADAR ini akan dilancarkan secara rasmi pada bulan Julai 2022.

Sumber: CarNewsChina

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada sudut sisi, sedan ini memperlihatkan profil yang kemas dengan garis bahu lurus, rim…
Pelancaran
Prestasi Hibrid Dua Pilihan Model ini ditawarkan dalam dua sistem hibrid berbeza: EM-P (Thor EM-…
Berita Global
Menurut laporan South China Morning Post, pembuat EV dari kota Shanghai, Nio telah membina sebanyak…