Adakah ini rupa sebenar Peugeot 3008 2021 versi facelift?

oleh Mohamad Hanif|
Crossover kompak Peugeot 3008 kini dalam generasi kedua semenjak diperkenalkan pada tahun 2016 dan tidak dapat tidak sudah tiba masanya untuk model tersebut diberikan sedikit kemaskini, atau facelift.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Berdasarkan beberapa gambar bocor yang diperoleh daripada Forum-Peugeot, crossover segmen C itu diberikan beberapa perubahan berbentuk kosmetik, dan paling ketara adalah rupa bentuk di bahagian hadapan.

 


Rekaan gril yang asal telah digantikan dengan reka bentuk yang lebih moden dan dilihat 'bercantum' dengan lampu utama, sementara lampu nyalaan siang serba baharu seakan taring singa dilihat menyerupai rekaan yang digunakan pada model 208 dan 508.

Sementara itu, rekaan bumper hadapan juga serba baharu dengan bukaan liang kemasukan udara yang lebih lebar, serta kemasan rekaan terhadap gugusan lampu belakang LED.

 


Memasuki ruang kabin, tidak banyak perubahan yang dibawakan terhadap i-Cockpit itu melainkan skrin paparan baharu dengan saiz yang lebih besar, rekaan stereng yang sedikit berbeza dan sistem pencahayaan lampu ambien.

Menurut laporan daripada Autocar, Peugeot dikatakan mengekalkan penawaran trenkuasa sedia ada, iaitu enjin tiga silinder sebaris 1.2 liter (128 hp), enjin empat silinder sebaris 1.6 liter (178 hp), dua versi enjin hibrid (178 hp dan 197 hp) serta dua enjin diesel 1.5 liter (128 hp) dan enjin 2.0 liter (178 hp).

 


Setakat ini tiada sebarang informasi berkenaan tarikh pelancaran sebenar crossover Peugeot 3008 2021.

Sumber: Forum-Peugeot, Autocar

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Crossover segmen C ini bukan sahaja akan ditawarkan dalam versi elektrik, akan tetapi versi hibrid…
Berita Global
Menjelang pelancaran rasmi model baharu SUV berjenama singa Perancis yang akan berlangsung pada…
Berita Global
Untuk model semasa yang masih lagi wujud di pasaran tertentu, Peugeot telah mengemaskini penawaran…