Adakah ini rupa sebenar Nissan X-Trail generasi baharu?

oleh Mohamad Hanif|
Setelah kita melihat gambar imej paten yang didaftarkan oleh Nissan di Brazil baru-baru ini, muncul pula imej sebenar yang dipercayai SUV generasi baharu Nissan Rogue (Nissan X-Trail).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Meskipun beberapa keping gambar tersebut dilihat tidak begitu jelas, namun ia sudah cukup untuk memberikan gambaran bahawa Nissan Rogue kini sudah bersedia untuk dilancarkan dalam masa terdekat.

 


Berdasarkan pengamatan, Nissan Rogue generasi baharu ini memiliki paras rupa yang lebih agresif, terima kasih kepada bahasa rekaan V-Motion yang lebih ketara rekaannya berbanding X-Trail generasi terdahulu.

Malah, muka hadapan juga tampil trend semasa rekaan lampu berlapis, di mana slot lampu utama terletak di bahagian bawah, manakala bahagian atas pula merupakan slot lampu nyalaan siang jenis LED.

 

 


Dari segi profil belakang, Nissan X-Trail baharu ini tampak lebih tegap dengan rekaan kluster lampu belakang diberikan sedikit kemaskini.

Difahamkan, model yang dipaparkan ini merupakan Rogue Platinum, varian tertinggi yang didatangkan dengan kemasan dalaman berwarna perang pada panel pintu dan papan pemuka, serta tempat duduk balutan kulit.
 


Sistem infotainmen pula merupakan jenis tablet dengan ciri skrin sentuh yang menyerupai apa yang ditawarkan pada Nissan Sentra, Nissan Kicks dan Nissan Titan.

Nissan kini berusaha untuk memastikan produksi Rogue bermula menjelang akhir tahun ini.

Sumber: Instagram

Berita Berkenaan

Berita Global
  Keistimewaan rangkaian kuasa e-POWER ialah ibarat kenderaan elektrik (EV) yang tidak perlu…
Berita Global
  Turut dipasang, siren, lampu kecemasan dan lampu berkuasa tinggi selain lampu pada jeriji depan…
Berita Global
  Untuk pasaran Amerika Syarikat, Nissan telah memperkenalkan Rogue 2024 dengan rupa baharu dan…