Adakah ini rupa sebenar Jazz/Fit 2020?

oleh Mohamad Hanif|
Tinggal beberapa hari sahaja sebelum Tokyo Motor Show membuka tirainya pada 23 Oktober, namun anda boleh melihat dengan lebih teliti rupa bentuk Honda Jazz/Fit generasi baharu sebelum majlis pelancaran rasminya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Rupa luaran Jazz/Fit baharu ini tidak lagi begitu agresif seperti model terdahulu, dan boleh dilihat di bahagian profil sisi yang lebih kemas dan lebih feminin. 

Gril hadapan juga kini menggunakan warna badan dan diapit dengan lampu utama LED, manakala di bahagian belakang pula rekaan lampu melintang yang lebih tirus - menyamai lakaran artis yang kami pernah siarkan sebelum ini. 

 


Memasuki ruang dalaman pula, reka letak papan pemuka pula tampak lebih ringkas, dengan penampilan skrin intrumen digital 7 inci dan sistem infotainmen serba baharu yang menyokong sambungan kepada peranti pintar masa kini. 

Menariknya, roda stereng juga mendapat rekaan yang sama seperti apa yang ditampilkan pada model hatchback elektrik Honda e. 

Seperti yang disebutkan sebelum ini, Jazz/Fit akan didatangkan dalam varian hibrid yang dikuasakan oleh enjin 1.5 liter dan motor elektrik berkembar, namun ia hanya terhad kepada pasaran Eropah sahaja buat masa ini. 
 


Namun, berdasarkan imej yang diperoleh, Honda Jazz/Fit untuk pasaran Jepun akan ditawarkan dalam empat trim berbeza, iaitu Basic, Ness, Luxe dan Crosstar.

Menariknya, varian Basic akan menerima ciri standard berupa Honda SENSING, lampu utama LED, brek parkir elektronik, serta sistem pendingin hawa automatik dengan rim bersaiz 15 inci. 

Varian Fit Ness akan menerima layangan warna yang terang untuk aspek luaran dan dalaman, kemasan upholsteri kalis air, serta rim aloi sporty bersaiz 16 inci. 

 


Varian Fit Luxe pula -seperti namanya- sedikit mewah apabila ditawarkan dengan stereng balutan kulit, tempat duduk balutan kulit dua warna untuk ruang kabin serta rim rekaan khas bersaiz 16 inci. 

Varian ala-ala crossover, Fit Crosstar pula dilengkapi dengan elemen SUV seperti cladding plastik berwarna hitam, rel bumbung dan jarak kelegaan tanah yang lebih tinggi berbanding Jazz standard. 

Untuk para pembaca Careta, nantikan sahaja kemas kini secara langsung dari Tokyo Motor Show pada 23 Oktober ini. 

 


Sumber: Creative311

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam perkembangan terbaharu, muncul pula dokumen dalaman yang memaparkan perubahan yang bakal…
Berita Global
Seperti yang anda lihat, penampilan GR Corolla ternyata lebih agresif biarpun membawakan bentuk…