Adakah ini rangka Hyundai Santa Cruz?

oleh Mohamad Hanif|
Beberapa bulan yang lalu, kelibat Hyundai Santa Cruz dilihat sedang melakukan pengujian di kawasan bersalji dan seperti biasa, tipikal kenderaan ujian memang penuh dengan pelekat samaran bagi mengaburi pandangan umum.
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

Namun, anda kini boleh melihat dengan lebih terperinci bentuk sebenar trak pikap Hyundai Santra Cruz berdasarkan satu imej rangka yang diperoleh daripada laman web Motor1.

Penampilan gambar ini jelas membuktikan struktur binaan trak pikap unibodi (masih ingat Honda Ridgeline? berbanding tipikal rangka ladder frame, serta kehadiran bed kargo yang sedikit pendek di bahagian belakang.

Selain daripada itu, rekaan sisi trak pikap ini turut menampilkan garis-garis tajam melintangi bahagian tersebut, difahamkan menyerupai rekaan yang terdapat pada Elantra baharu.

Trak pikap pertama Hyundai ini bakal diproduksikan di fasiliti Alabama, tempat yang sama digunakan untuk memasang Santa Fe, Sonata dan Elantra.

Namun, difahamkan trak pikap unibodi ini hanya eksklusif dijual di pasaran Amerika Syarikat dengan tarikh pelancaran sekitar tahun 2021.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, siasatan awal mendapati Toyota Hilux tersebut dipercayai telah melanggar belakang…
Berita Domestik
Menurutnya, kumpulan sindiket berkenaan berfungsi secara terancang dan terlatih, malah mereka…
Pelancaran
Untuk pasaran Malaysia, 2 varian akan ditawarkan iaitu T9 Diesel dan T9 EV, menjadikannya sebagai…