Adakah ini Nissan X-Trail generasi baharu?

oleh Mohamad Hanif|
Satu dokumen pendaftaran yang dikesan di Brazil mendedahkan rupa sebenar Nissan Rogue (atau lebih dikenali dengan Nissan X-Trail) generasi baharu yang bakal membuat kemunculan dalam masa terdekat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun di dalam dokumen itu tidak menyebut sebarang nama model, akan tetapi rekaan yang dipamerkan itu amat menyerupai gambar-gambar intipan yang telah pun dikesan sebelum ini.

 


Nissan X-Trail generasi baharu ini dilihat masih mengekalkan rekaan gril berbentuk V di bahagian hadapan, rekaan lampu berlapis serta lampu isyarat membelok yang diposisikan di bahagian atas.

Sementara itu, di bahagian profil sisi pula banyak menampakkan persamaan pada model X-Trail sedia ada namun rekaan tingkap kecil berdekatan tiang D telah diubah supaya lebih bersegi.

 

 


Di bahagian ruang belakang pula, ia menampilkan bentuk yang lebih berukir diikuti dengan rekaan lampu belakang yang lebih tirus, serta diakhiri dengan kehadiran skid plate di bahagian bawah bumper belakang.

Rakan sepakatan Mitsubishi pula telah mengesahkan bahawa model Outlander generasi baharu juga akan menggunakan platform daripada Nissan X-Trail, namun hadir dengan elemen tersendiri daripada model konsep Engelberg Tourer.

 


Difahamkan, kedua-dua model Rogue dan Outlander ini bakal dilancarkan kepada umum tahun ini, namun melihatkan kepada keadaan pasaran global yang terancam akibat COVID-19, berkemungkinan besar ia hanya akan dilancarkan menerusi siaran dalam talian.
 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Untuk pasaran Amerika Syarikat, Nissan telah memperkenalkan Rogue 2024 dengan rupa baharu dan…
Berita Global
  Pada masa sama, Rogue generasi kedua (versi X-Trail) mula dijual di AS pada November 2013 di…
Berita Global
Meskipun beberapa keping gambar tersebut dilihat tidak begitu jelas, namun ia sudah cukup untuk…