Pun begitu, ia tidak dapat menghalang insan yang kreatif imaginasi mereka untuk meluahkan ekspresi terhadap generasi baru GT-R.
Seperti apa yang dihasilkan oleh Enoch Gabriel Gonzales, beliau mengambil inspirasi daripada sillhouette garisan luaran terkini GT-R yang kemudiannya diadunkan dengan elemen daripada GT-R50 dan Nissan Concept Vision Gran Turismo.
Dari segi pandang pertama, GT-R ini banyak menampilkan reka bentuk yang lebih tajam, dibantu dengan penampilan lampu LED yang memanjang ke bahagian fender, sebelum diakhiri dengan rekaan ikonik lampu belakang bulatan berkembar itu.
Menurut desas desus yang berlegar, GT-R baharu bakal diperkenalkan kepada umum pada pertengahan pertama tahun 2020, menampilkan enjin yang diwarisi daripada LMP1 GT-R.