Adakah ini motosikal elektrik Jawa?

oleh Mohamad Hanif|
Bulan lalu, terdapat laporan daripada media antarabangsa yang menyebut bahawa jenama motosikal dari Czech, Jawa sedang membangunkan sebuah motosikal elektrik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak lama selepas itu, laman Facebook Electric Vehicle Web dengan kerjasama pereka automotif Sreejith Krishnan telah hadir dengan sebuah beberapa imej rendering yang memberikan gambaran bagaimana motosikal elektrik Jawa mengambil bentuk.

Rekaan yang dibawakan oleh Krishnan menggabungkan elemen moden dan dalam masa yang sama mengekalkan reka bentuk klasik Jawa.

 


Jika anda perasan, ruangan yang sepatutnya menempatkan unit enjin telah digantikan dengan struktur - kami percaya pek bateri - yang duduk betul-betul di bawah komponen berbentuk tangki bahan api.

Dalam satu sudut yang berbeza, kelihatan kabel pengecas disambung pada bahagian atas 'tangki bahan api' itu tadi.

Sementara motor elektrik pula diposisikan pada hab tayar di bahagian belakang, di mana Krishnan menggunakan rekaan rim jejari bagi mengekalkan imej klasik Jawa pada tahun 2020.

 


Namun, harus diingat bahawa imej yang dipaparkan ini hanyalah gambaran pereka semata-mata, dan terpulang kepada Jawa untuk mengikut rekaan di atas, atau hadir dengan idea yang tersendiri untuk sebuah motosikal elektrik di era moden ini.

Sumber: Electric Vehicle Web

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada itu, syarikat Jawa itu juga turut memperlihatkan motosikal bobber kustom yang…