Adakah ini model facelift Mazda CX-3?

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mazda CX-3 tidak dinafikan sebagai salah sebuah crossover yang popular dan berjaya dengan imej yang tersendiri, walaupun ia sebenarnya mempunyai dimensi yang jauh lebih kecil berbanding pesaingnya. 

Diperkenalkan secara rasmi pada tahun 2015, dan menjalani proses facelift yang sangat minima pada tahun lalu, Mazda perlukan sesuatu yang lebih bagi memastikan CX-3 terus kekal malar segar di mata peminatnya. 

Untuk itu, perubahan harus dilakukan dan Mazda nampaknya sudah pun bersedia menerusi imej acah pertama SUV yang baharu sahaja diterbitkan. 
 

Jika versi facelift yang diperkenalkan pada tahun lalu tidak menampakkan perubahan yang sangat ketara, hanya sekadar talaan dilakukan kepada aspek pengendalian dan pemanduan, versi facelift baharu ini mungkin sekali akan menampakkan perubahan besar-besaran. 

Menurut Mazda, CX-3 major facelift ini akan menampilkan bahasa rekaan Kodo yang lebih matang, dan ini boleh dilihat kepada perubahan yang dilakukan oleh Mazda berdasarkan gambar acah yang disertakan. 

Selain daripada itu, ia juga bakal menggunakan enjin baharu SkyActiv yang dilengkapi dengan teknologi Spark Plug Controlled Compression Ignition (SPCCI) - enjin petrol dengan keupayaan dan keberkesanan seumpama enjin diesel.
 


Mazda bakal memperkenalkan SUV CX-3 ini bersempena acara Geneva Motor Show pada 5 Mac ini, bersama-sama model Mazda3 sedan dan hatchback, serta Mazda MX-5 versi ulangtahun yang ke-30. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Panel juri seramai 60 orang yang terdiri dari para wartawan permotoran yang datang dari seluruh…
Berita Global
Namun, Kia nampaknya sudah pun bersedia untuk melancarkan SUV saiz pertengahan tersebut dengan…
Berita Global
Jika anda masih ingat dengan konsep SUV yang cuba dibawakan oleh Giugiario dan anaknya menerusi…