Adakah ini Mazda RX-7 generasi baharu?

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai sebuah jenama yang sinonim dengan enjin Rotary, Mazda tidak pernah melupakan hasrat untuk menghasilkan sebuah model kereta sports pengganti kepada model-model RX-7 yang pernah mewarnai jalan raya suatu ketika dahulu.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Dalam satu mesej yang diterbitkan oleh Mazda, mereka menyebut "tanpa enjin rotary, mungkin tiada lagi Mazda di dunia ini, dan tanpa Mazda, enjin rotary tidak akan terus diproduksikan untuk tempoh hampir 50 tahun."

Ini turut diperkuatkan lagi dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh ketua unit R&D Mazda, di mana projek kereta sports bernadikan enjin rotary merupakan 'sebuah projek melawan arus masa' disebabkan regulasi emisi yang semakin ketat. 

 

 


Secara tidak langsung, ia tidak menafikan bahawa projek tersebut masih hidup dan usah risau, kerana projek ini sememangnya merupakan impian para jurutera di Mazda. 

Disebabkan keinginannya untuk melihat projek pengganti RX-7 ini hidup kembali, seorang pereka Enoch Gabriel Gonzales telah menghasilkan imej rendering Mazda RX-7 tersendiri yang menggabungkan elemen daripada model terdahulu dan juga model konsep RX-Vision.

 


Menurut penjelasan Enoch, 

"Banyak elemen diambil daripada model konsep RX-Vision (2015), namun sesetengahnya banyak diperoleh daripada model generasi kedua tahun 1990-an, termasuklah rekaan tingkap oval, tingkap belakang yang melengkung pada tiang B, rekaan lampu melintang di bahagian belakang.

"Gril dan lampu utama diposisikan lebih rendah berbanding kereta Mazda sedia ada, dengan emblem diletakkan di atas gril untuk mengimbau kembali model original RX-7. 

"Rekaan lampu utama itu disengajakan kerana ia lebih mirip kepada trend yang pernah popular pada era 1980-an." 

 


Beberapa khabar angin berkenaan pengganti RX-7 ini sebenarnya telah pun timbul namun tiada sebarang kata putus yang diberikan oleh Mazda pada ketika ini. 

Walau apapun, kami turut sama menantikan kehadiran kereta sports Mazda bersama-sama enjin generasi baharu Rotary (Skyactiv-R?) pada tahun ini, apatah lagi tahun 2020 ini merupakan ulang tahun yang ke-100 Mazda. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut perkongsian yang dibuat oleh ahli forum New Nissan Z, Mazda baru-baru ini telah menghantar…
Berita Global
Pada peringkat permulaan, sebanyak 30 komponen alat ganti yang dihasilkan untuk model Mazda RX-7…
Berita Global
Ini kerana pengeluar dari Hiroshima itu diberitakan akan mula menghasilkan kembali dan menjual alat…