Adakah ini logo korporat baharu Kia?

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada Volkswagen, dan juga Proton yang baru-baru ini memperkenalkan penjenamaan semula logo baharu, Kia juga nampaknya melakukan langkah yang sama.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan imej yang tertiris di dalam laman maya, imej baharu avatar Kia kini lebih ringkas menampakkan rekaan huruf yang bersambung membentuk perkataan 'Kia' 

Beberapa semakan terhadap pendaftaran hak tanda dagangan mencadangkan pengeluar dari Korea tersebut telah memohon pendaftaran hak tanda dagangan bermula 26 November yang lalu. 

 


Namun, semakan yang dibuat pada Korea Intellectual Property Rights Information Service (KIPRIS) mengesahkan Kia sebenarnya sudah lama mendaftarkan tanda dangangan tersebut pada 19 Julai yang lalu. 

Tidak dapat dipastikan sama ada logo baharu ini bakal digunakan pada semua kenderaan Kia, atau dikhaskan kepada kenderaan elektrik atau hibrid semata-mata. 

Ini kerana kenderaan lain Kia turut memiliki lencana yang tersendiri, seperti contoh Kia Stinger yang hadir dengan logo korporat 'E' di Korea Selatan, manakala Kia Mohave turut memiliki lencana tersendiri. 
 


Lama vs baharu, mana yang lebih menarik?

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh VW, avatar R itu kini lebih moden, tampak berbeza…