Adakah ini Isuzu MU-X generasi baharu?

oleh Mohamad Hanif|
Generasi baharu Isuzu D-Max telah pun selesai dilancarkan pada tahun lalu, dan kembarnya Mazda BT-50 pula menyusul pada tahun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, tidak ramai yang mengingati bahawa Isuzu D-Max juga sebenarnya mempunyai kembar dalam bentuk SUV body-on-frame, dinamakan sebagai MU-X.

Ini kerana generasi pertama MU-X hanya dijual di beberapa buah negara seperti Australia, Thailand, Indonesia, Filipina, Malaysia, Vietnam, China , India dan juga Paraguay.

 


Desas-desus generasi baharu MU-X mula timbul apabila laman web Autoweek berjaya mendapatkan imej paten SUV generasi baharu tersebut daripada pejabat pendaftaran paten Jepun.

Berdasarkan pengamatan, Isuzu MU-X ini bakal memiliki rupa paras yang sedikit berbeza dengan komponen seperti lampu utama yang lebih tajam, dan gril hadapan yang lebih kecil, menyerupai rekaan Mazda.

Di bahagian belakang, rekaan lampu juga nampak lebih tajam, dan lebih elegan jika dibandingkan dengan generasi terdahulu.

 


Difahamkan, Isuzu MU-X 2021 ini bakal mengekalkan susunan tujuh tempat duduk dan penawaran enjin yang serupa daripada Isuzu D-Max, iaitu enjin 1.9 liter diesel turbo (150 PS/350 Nm) atau enjin 3.0 liter diesel turbo (190 PS/450 Nm).

Tidak seperti generasi terdahulu yang menggunakan platform Chevrolet Trailblazer, Isuzu MU-X bakal menjadi satu-satunya SUV yang menggunakan platform D-Max generasi baharu memandangkan Mazda diberitakan tidak berminat untuk menghasilkan produk yang serupa.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Salah satu daripadanya ialah pek SP Pro yang merangkumi sistem suspensi Nitrocharger untuk…
Berita Global
BT-50 LE direka dengan pelbagai keunikan tersendiri, terutama bahagian depan yang ketara dengan…
Berita Domestik
Ini kerana menurut laporan daripada rakan media Wapcar, terdapat beberapa pengedar Mazda telah pun…