Adakah ini Honda City hatchback?

oleh Mohamad Hanif|
Masih ingatkah anda kepada timbulnya berita pendaftaran harta intelek 'City Hatchback' yang ditemukan beberapa bulan yang lalu?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nampaknya, sedikit demi sedikit ia bakal menjadi kenyataan apabila laman media sosial semalam dibanjiri dengan kehadiran imej janaan komputer yang menampakkan rupa sebenar sebuah City dengan rekaan hatchback.

Dipetik secara terus daripada laman instagram Canal Carros, City hatchback ini membawakan rupa bentuk hadapan yang menyamai City sedan, seperti lampu utama, gril, bonet dan juga rekaan bumper. 

 

 

Persamaan ini diteruskan lagi dengan rekaan tingkap serta garisan badan yang menghubungkan antara depan dan belakang. 

Berdasarkan pengamatan, dilihat dimensi sebenar City hatchback sedikit pendek berbanding sedan disebabkan bentuk hatchback, namun jarak antara roda dilihat kekal walaupun tiada sebarang nombor dimensi diberikan. 

Reka bentuk belakang City hatchback ini sebenarnya mengingatkan kami kepada reka bentuk punggung kereta Mercedes-Benz A-Class baharu, walaupun rupa sedannya lebih iras kepada sebuah BMW. 

 

 

Dari segi penawaran enjin, Honda City spesifikasi Thailand didatangkan dengan enjin 1.0 liter tiga silinder sebaris berkuasa turbo dengan 122 PS dan 173 Nm yang dipadankan dengan transmisi CVT tujuh nisbah kelajuan. 

Besar kemungkinan versi hibrid e:HEV yang dipadankan pada Jazz generasi baharu akan turut dilengkapkan pada City ini, terdiri daripada enjin 1.5 liter i-VTEC dengan dua motor elektrik. 

Sebelum ini, beberapa laporan menyebut Jazz/Fit generasi baharu berkemungkinan dipasarkan di pasaran utama dunia seperti Amerika, Eropah dan Jepun, manakala selebihnya bakal ditawarkan dengan City Hatchback. 

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
City Hatchback kini kekal sebagai salah satu model hatchback terlaris dalam segmen Bukan Nasional…
Model Terbaharu
Sama seperti keluaran sebelum ini, ia masih mengekalkan enjin 1.0 liter turbo dan juga versi hibrid…
Berita Domestik
  HMSB turut memberi kenyataan bahawa mereka juga berjaya menerima lebih 105,000 tempahan dari…