Adakah ini gambaran Mitsubishi Lancer Evolution XI?

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Buat mereka yang ketinggalan keretapi, Mitsubishi Lancer sebenarnya sudah pun ditamatkan pengeluarannya pada tahun 2017 tanpa ada sebarang pengganti yang dirancang pada ketika itu. 

Kalau ada, sudah tentu Proton (kalau tiada perancangan untuk menghasilkan model Preve) akan hadir dengan pengganti Inspira yang juga turut ditamatkan produksinya pada tahun 2015.

 


Namun, di sesetengah pasaran seperti Taiwan dan China, Lancer masih lagi diproduksikan (menggunakan platform yang sama) dengan nama Grand Lancer menampilkan kemas kini pada bahagian luaran seperti elemen dynamic shield dan lampu belakang rekaan baharu. 

Dengan pengakhiran produksi Lancer, model sedan berprestasi tinggi Lancer Evolution juga turut berakhir pada angka roman X, dan ia merupakan satu berita yang membuatkan para peminat LanEvo murung dan peminat Impreza WRX bergumbira. 

 


Usah bimbang, semenjak Mitsubishi menyertai pakatan Renault-Nissan terdapat beberapa berita menggembirakan di mana nama Lancer Evolution kegemaran anda semua bakal dibangkitkan semula untuk generasi kesebelas. 

Hal ini turut diperkuat dengan khabar berita di mana Mitsubishi bakal menggunakan nadi trenkuasa daripada Renault Megane untuk model berprestasi tinggi itu. 

Baca: Model ujian Lancer Evo XI guna Renault Megane hatchback

 


Tatkala masih tiada gambaran jelas berkenaan model baharu ini, seorang artis dari Rusia, Kolesa telah menerbitkan beberapa imej rendering bagi memperlihatkan kemungkinan Lancer Evolution bakal mengambil bentuknya pada masa akan datang. 

Menggunakan asas daripada Renault Megane versi sedan, Kolesa telah menggabungkan elemen bahasa rekaan dynamic shield, selain menambah lampu utama jenis LED dan rekaan DRL yang agak agresif. 

 


Konsep bumbung terapung yang ada pada Mitsubishi Engelberg Tourer juga turut diasimilasikan dengan jayanya pada tiang C model sedan ini, menjadikan ia sebuah sedan dengan penampilan yang lebih dinamik.

Beralih ke bahagian seterusnya, lampu belakang jenis LED direka supaya melintangi bahagian tersebut mengikut trend masa kini, selain bumper yang sporti. 
 


Model rujukan bagi 'pengganti' Lancer ini, Renault Megane sebenarnya telah lama diperkenalkan oleh Renault pada tahun 2016 sebagai pengganti kepada model Fluence dan ia diproduksikan di kilang Turki untuk 30 pasaran dunia tidak termasuk Malaysia. 

Dikhabarkan secara angin, Mitsubishi Lancer Evo XI (Evo Sebelas) bakal menerima sistem mild-hybrid 48V dan kuasa gandingan berjumlah 341 kuasa kuda dan 433 Nm

Baca: Mitsubishi Lancer Evo XI dengan trenkuasa Renault Megane RS

Jadi, adakah Lancer Evolution dengan platform Megane Sedan dan enjin Megane RS ini satu resipi yang bakal menggegarkan dunia? 

Sama-sama kita nantikan. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Nampaknya, para peminat (die hard fan) Mitsubishi Lancer Evolution kini boleh menarik nafas lega…