Adakah ini gambaran akhir Ford Mach-E?

oleh Mohamad Hanif|
Beberapa hari yang lalu, jurugambar telah mengesan sebuah model ujian yang dipercayai sebagai Mach-E, sebuah crossover dengan elemen Ford Mustang atas jalan raya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Kehadiran pelekat samaran yang tebal ibarat mengelak dari along itu walaubagaimanapun tidak menghalang insan-insan yang kreatif untuk 'meneka' bentuk sebenar crossover berkuasa elektrik itu. 

Dengan sedikit sentuhan manipulasi imej, seorang pereka grafik Luca Serafini akhirnya menerbitkan sebuah gambar yang menunjukkan bagaimana hasil akhir SUV Mustang itu. 
 

sumber gambar: Motor1

Menurut Luca, model konsep ini mengambil inspirasi daripada Mustang Bullit, namun dengan elemen crossover yang diambil daripada Cayenne Coupe. 

Menurut laporan yang diperoleh sebelum ini, Ford Mach-E merupakan sebuah SUV elektrik sepenuhnya dengan jarak operasi sejauh 482 kilometer dan banyak diinspirasikan daripada rekaan Ford Mustang. 

Ford akan memperkenalkan Ford Mach-E buat kali pertama pada November ini, besar kemungkinan pada acara Los Angeles Auto Show pada 22 November.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Antara yang menjadi faktor penghalang utama adalah tahap kebolehpercayaan EV terutama di dalam…