Adakah Geely Hao Yue bakal dijadikan Proton X90?

oleh Mohamad Hanif|
Sumber: Theophilus Chin
Ketika awal kemasukan Geely ke dalam Proton, kita diberitahu Proton sah menerima lesen untuk memproduksikan tiga model Geely untuk pasaran tempatan (dan ASEAN), iaitu Geely Boyue (Proton X70), Geely Bin Yue (Proton X50) dan Geely Jiaji (dikhabarkan sebagai pengganti Exora).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, terdapat berita terbaharu yang diperoleh daripada rakan media Funtasticko yang mendedahkan ada ura-ura untuk Proton menerima sebuah lagi model SUV baharu untuk pasaran Malaysia menjelang tahun 2022.

Model yang dimaksudkan itu merupakan sebuah Geely Hao Yue (atau Geely Okavango di Filipina) yang merupakan sebuah SUV dengan konfigurasi tiga baris tempat duduk yang dilancarkan pada tahun ini.

 

sumber: Theophilus Chin


Untuk pasaran Filipina, Geely Okavango ini dikuasakan oleh enjin tiga silinder sebaris 1.5 liter turbo, sistem mild-hybrid 48V, angka output 190 hp dan 300 Nm, serta padanan transmisi klac berkembar tujuh nisbah kelajuan.

Tidak seperti Proton X70, Geely Okavango mempunyai rekaan badan yang lebih bersegi, dan penampilan elemen tipikal Geely seperti gril Expanding Cosmos, dan lampu utama LED matriks.

Dari segi dimensi, Geely Haoyue memiliki dimensi panjang 4,835 mm, lebar 1,900 mm dan tinggi 1,780 mm, serta jarak antara roda sekitar 2,815 mm.

 


Jika dibandingkan dengan pesaing terdekat Mazda CX-8, Geely Haoyue memiliki dimensi dan jarak antara roda yang sedikit pendek, namun lebih lebar dan tinggi berbanding SUV Mazda tersebut.

Geely mensasarkan penjualan Haoyue bagi melawan pesaing di dalam pasaran seperti Toyota Highlander, Mazda CX-8 dan juga Hyundai Santa Fe.

Sebagai panduan, harga jualan Geely Okavango di Filipina bermula dari RM103 ribu sehingga RM114,131.

 


Jadi, apa pula pendapat anda? Wajarkah model SUV tiga baris tempat duduk Geely Hao Yue ini bakal dijadikan sebagai model baharu Proton pada masa akan datang?

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Imej yang dikesan di China ini mengesahkan bahawa Geely sedang menguji trak pikap berkuasa elektrik…
Berita Domestik
Kelibat sebuah lagi produk SUV Proton sebenarnya telah pun dikesan beberapa bulan yang lalu, dan…
Berita Domestik
Berdasarkan video yang diperoleh daripada Funtasticko (melalui pembacanya Kelvin Wong), unit yang…