Adakah baby Raptor akan sampai ke Malaysia?

oleh HEZERI SAMSURI|
Kawasaki Legend Reborn

 

Careta hampir pasti ia akan sampai ke Malaysia dan Careta juga pasti akan ada pasaran untuk trak premium seperti ini.

Walaupun digelar jenama trak bergaya bagi beberapa pengguna trak pikap Malaysia yang tidak begitu fasih akan sejarah pikap negara, Ford ialah jenama pikap yang pertama hadir dengan varian-varian pikap khusus untuk lifestyle atau gaya hidup dan bukan memberikan fokus kepada pengguna komersil untuk mengangkut sayuran atau bungkusan simen.

Oleh kerana itu, Ranger memberikan fokus yang lebih kepada keselesaan dan kesenyapan kabin, dan masih menjadi trak pikap paling selesa untuk penumpang di tempat duduk belakang. 

 

interior

 

Sistem elektronik untuk audio, Bluetooth dan voice control di dalam ranger menjadi penanda aras dalam segmen pikap ini. Kerana itu, Ford Ranger menjadi trak pikap paling popular di Vietnam selama empat tahun berturut-turut, kenderaan nombor satu dari segi jualan di New Zealand (mengalahkan kereta) dan mengalami peningkatan dalam pegangan pasaran di Thailand setiap tahun.

Apabila Ford melancarkan varian WildTrak ke pasaran, ia menerima sambutan yang sangat baik daripada pembeli yang mahukan sebuah kenderaan lasak tetapi mewah.

Ini adalah mereka yang praktikal kerana mereka tahu kenderaan SUV Eropah mereka terlalu mahal untuk dilanyak di kawasan pembinaan atau di dalam hutan tempat projek juta-juta mereka.

 

 

Keputusan Mercedes-Benz untuk menghasilkan trak pikap membuktikan bahawa gergasi Jerman itu sendiri bersetuju memang ada pasaran untuk pikap mewah.

Paling menarik ialah apabila Toyota Australia sendiri mengaku mereka mungkin memerlukan sebuah trak pikap seperti Ranger Wildtrak atau Ranger Raptor.

Dari segi harga, memang trak pikap sudah semakin mahal. Di Thailand juga, dengan spek yang hampir sama di Malaysia, harga turut meningkat. Careta bertanya kepada beberapa rakan industri di Thailand akan peningkatan harga dan alasan mereka ialah spesifikasi keselamatan dan aksesori membuatkan harga meningkat.

 

 

Permintaan pasaran yang semakin kukuh juga menyebabkan syarikat kenderaan mampu menaikan harga kerana masih ada ramai pembeli.

Di Malaysia, kesemua trak pikap perlu dibeli dari Thailand dan kerana itu, harga akan lebih mahal dari Thailand. Kos "transfer fee" ini ialah umpama harga jualan untuk orang tengah dan di Malaysia, trak pikap memang dibeli dari Thailand.

Selain dari itu, permintaan pasaran dan aksesori lebih tinggi membolehkan syarikat kenderaan menaikan harga. Perlu diingatkan, konsep berniaga ialah keuntungan. Tidak ada peniaga yang mahu menurunkan harga sekiranya sasaran jualan boleh dicapai dan jika sasaran mudah dicapai, kemungkinan harga dinaikan untuk meraih untung yang lebih akan wujud.

 

 

Berbalik kepada harga Ranger Raptor, semestinya ia akan menjadi trak paling premium di rantau ini. Kebanyakan model premium di Malaysia sudah meletakan harga melampaui RM125,000 untuk varian premium pikap mereka. 

Ford Wildtrak pula mencecah RM140,000 untuk varian Wildtrak Black dan ia masih popular. Tidak seperti varian premium jenama lain, Wildtrak buka menggunakan kosmetik untuk menjdi premium. Kebanyakan komponen dalaman seperti untuk kabin memang berlainan dari model XLT dan ini jelas kelihatan bila kita memandu keduanya secara back-to-back.

Untuk Raptor, Careta yakin harganya berada di paras RM180,000 ke RM200,000. Dan dengan harga itu pun, ia pasti popular kerana ia umpama sebuah AMG untuk trak pikap dan paling menarik, tidak ada satu jenama pun yang mempunyai varian setanding degannya.

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Global
Dengan sedikit masa diperlukan untuk menyesuaikan diri kepada sistem kawalan realiti-ke-maya, anda…
Berita Global
Menerusi kerjasama ini, syarikat Blue Oval dilihat mahu meningkatkan tahap keuntungan mereka di…
Telah Diuji
Di Asia dan Eropah, F150 terlalu besar dari segi saiz dan dimensi - tidak sesuai untuk jalanraya…