Ada yang mahu buat kereta sendiri? VW sedia kongsi platform kereta elektrik

oleh Muhammad Md Tajudin|
Satu halangan utama dalam dunia automotif sekarang ini ialah kos yang semakin tinggi. Bagi mendepani cabaran tersebut, pengeluar menggunakan platform yang sama untuk sebanyak mungkin model.

Jika mahu pergi lebih jauh, kongsi pula platform tersebut dengan pengeluar lain.

Salah satu syarikat yang paling banyak menggunakan kaedah ini ialah Kumpulan Volkswagen. Di bawah kumpulan ini bernaung sejumlah jenama menggunakan platform dan teknologi yang sama.

Perkongsian platform dapat mewujudkan skala ekonomi seterusnya mengurangkan kos pembuatan sesebuah model.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
VW MEB

 

Ini satu lagi tawaran yang jarang kunjung tiba. Kumpulan Volkswagen menawarkan Modular Electric Toolkit (MEB) kepada pengeluar yang berminat.

Tawaran ini dibuat bagi mencapai pengurangan kos melalui skala ekonomi seterusnya membolehkan lebih ramai pengguna dapat menggunakan mobiliti elektrik.

Sasaran Kumpulan VW untuk gelombang pertama ialah sebanyak 15 juta kenderaan EV yang menggunakan MEB.

Untuk perkongsian ini, e.GO Mobile AG dari Aachen, Jerman bakal menjadi rakan pertama di dunia yang menggunakan platform elektrik tersebut untuk EV selain daripada model-model keluaran VW.

 

VW GIMS 2019

 

VW mempamerkan kegunaan MEB seperti model ID. Buggy di Pameran Kenderaan Antarabangsa Geneva (GIMS) 2019. 

ID Buggy adalah jelmaan moden kepada kenderaan pantai yang diasaskan daripada VW Beetle pada era 60an.

Bermula tahun 2019 VW bergerak lebih laju dalam menonjolkan apa yang mahu dicapai pada tahun-tahun mendatang.

Di GIMS 2019, Kumpulan VW membawa sejumlah EV dan kenderaan konsep untuk dipamerkan.

 

VW GIMS 2019

 

Di antaranya ialah Audi e-tron GT1, ŠKODA Vision iV2, SEAT Urban Car3 dan ID. BUGGY4 yang bakal ditawarkan kepada pelanggan dalam masa beberapa tahun lagi.

VW juga memperuntukkan jumlah yang besar, dalam tempoh hingga tahun 2023 hampir €44 bilion akan dilaburkan dalam bidang elektrifikasi, perkhidmatan mobiliti dan pemanduan autonomi.

Daripada jumlah tersebut, €30 bilion diperuntukkan untuk mobiliti elektrik sahaja. Menjelang tahun 2025, adalah dijangkakan EV bakal meliputi satu perempat di dalam barisan portfolio kenderaan.

 

VW GIMS 2019

 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Simbol ‘R’ ini kebanyakkanya telah digunakan pada model Arteon dan T- SUV Roc, Tiguan dan Touareg…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…