Walter Hayes adalah eksekutif perhubungan awam dan turut memainkan peranan penting di dalam penyertaan Ford di dalam perlumbaan bersejarah Le Mans dengan kereta GT40.
Selepas itu adalah sejarah dengan Ford membekalkan badan Cortina dua pintu dan Lotus membuat beberapa perubahan mekanikal dan kosmetik.
Lotus Cortina dilancarkan pada tahun 1963 dan kemudian dipopularkan oleh Jim Clark yang memenangi Kejuaraan Kereta Penumpang British 1964.
Untuk digunakan di dalam perlumbaan kereta penumpang atau membolehkan Lotus berlumba, kira-kira 1,000 unit Lotus Cortina dikeluarkan pada tahun 1963.
Unit yang dibuka untuk bidaan ini telah pun siap dibaik pulih oleh pakar berpengalaman dan memakan masa 12 bulan untuk disiapkan.
Dari gambar yang dikongsi hasilnya nampak memuaskan hati.
Badan asal diganti namun masih kekal dengan sayap asal (fender) dan menggunakan warna tradisi Ermine White dan jaluran Ermine White.
Satu lagi ciri istimewa pada unit ini ialah kotak gear awal Lotus dengan gear pertama yang tinggi (2.5) dan hanya digunakan pada model awal dengan rangka A.
Kotak gear itu dipadan bersama enjin twin cam yang diperbaharui dengan kepala silinder dari John Smurthwaite dan aci QED 420.
Apa lagi yang istimewa? Banyak perkakasan asal seperti konsol tengah dan radio Ford.
Kepada yang berminat, harga munasabah atau boleh diterima dalam lingkungan £40,000 hingga £50,000 (RM218,954 - RM273,693).
Penulis: Muhammad Md Tajudin