Ada keperluan untuk keluarkan kenderaan lama dari jalanraya negara - Anthony Loke

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari ini berkata bahawa memang ada keperluan untuk perlahan-lahan mengurangkan kenderaan lama dari jalanraya negara, tetapi ia perlukan masa untuk perubahan ke arah itu.

Beliau juga mengakui bahawa perlunya perancangan untuk memasukan teknologi dan tren baharu seperti kenderaan pandu kendiri (kenderaan autonomi) dan kenderaan elektrik (EV).

"Kita perlu gantikan kenderaan-kenderaan lama agar teknologi baharu boleh digunakan, tetapi masalahnya Malaysia masih lagi tidak ada polisi jangka hayat kenderaan (End Of Life Policy)," terangnya.

"Kita ada 15 juta kenderaan di atas jalanraya dalam negara sekarang. Namun begitu, data kami menunjukan ada 30 juta kenderaan termasuk motosikal yang telah berdaftar di dalam negara," kata Anthony ketika dalam ssi soal jawab acara perasmian KLIMS 2018 tadi.

Dasar jangka hayat kenderaan memerlukan lebih penerangan kerana memang terbukti rakyat Malaysia masih tidak faham apa maksudnya.

Malah ramai kaki kereta dan kelab kereta juga nampaknya masih ada yang tidak tahu langsung teori End Of Life dan menyangkakan semua kenderaan di atas usia 10 tahun akan diharamkan penggunaannya.

 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ramai yang beranggapan kerajaan akan menghapuskan terus kenderaan-kenderaan lama tetapi sebenarnya…
Berita Global
India akan memperkenalkan ujian kenderaan dengan mewujudkan antara 450 hingga 500 pusat ujian…
Berita Global
Menurut laman web berita Indonesia, Kompas.com, ada hampir 8.7 juta kenderaan termasuk motosikal…