Ada duit? Ubah Tesla Cybertruck jadi bot katamaran!

oleh Mohamad Hanif|
Belum pun sempat Tesla memulakan fasa produksi bagi trak pikap berupa piramid ini, seorang usahawan bercita-cita besar untuk mengubah Tesla Cybertruck menjadi sesuatu yang lebih aneh - bot katamaran.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Anthony Diamond merupakan seorang pemilik Tesla Model 3 dan telah pun membuat tempahan bagi trak pikap Tesla Cybertruck.
 

Catamaran


Beliau mempunyai idea untuk mengubah Cybertruck menjadi sebuah bot katamaran (nama rasmi Cybercat Catamaran), lengkap dengan komponen yang boleh dipasang pada bahagian bawah trak tersebut, atau dibuka kembali dengan mudah.

Idea beliau pada ketika ini hanya bersifat konsep semata-mata, namun imej janaan komputer menunjukkan Cybertruck ini boleh dipasangkan dengan ponton, hidrofoil serta motor elektrik outboard di bahagian belakang.
 

Cyberturkc


Digandingkan dengan sistem suspensi udara adaptif, Cybercat ini mampu menjadi sebuah kenderaan dua alam, dan sememangnya sangat berguna terutama ketika situasi bencana alam.

Cybercat ini mampu mencapai kelajuan tertinggi 40 km/j dengan jarak pelayaran sejauh antara 80 hingga 185 km bergantung kepada kelajuan pergerakan di atas air.

Harga pakej naiktaraf Cybertruck menjadi sebuah bot katamaran ini dianggarkan bermula dari $22,900 hingga $32,900 (~RM95,832 - RM137,680) bergantung kepada bilangan motor outboard yang ingin dipasang oleh pelanggan.
 

Cybertruyckj


Bercakap kepada Electrek, Diamond turut berharap agar dapat melesenkan konsep ini secara terus dengan Tesla, dan boleh dipasangkan pada mana-mana jenis EV di dalam pasaran.

Sumber: Electrek

Berita Berkenaan

Berita Global
Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) memaklumkan, terdapat dalam 3,878…
Informasi
Trak serba unik itu akan berada di Malaysia untuk beberapa bulan dan peminat di Malaysia dijemput…
Berita Global
Namun, lain pula cerita jika anda seorang pemilik Tesla Cybertruck, kerana anda lebih perlu menjaga…