Ada apa dengan nombor lapan dan BMW?

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai salah sebuah pengeluar yang menawarkan kenderaan jenama premium di Malaysia, BMW Malaysia ingin mengimbau semula lapan peristiwa yang menjadikan nombor 8 sebagai suatu yang signifikan kepada jenama tersebut.
 

1. Enjin aloi V8 pertama di dunia. 


Tahukah anda, BMW memperkenalkan enjin aloi bentangan V8 yang pertama di dunia pada Mac 1954?

BMW 502, pengganti kepada jentera BMW 501 yang ikonik itu merupakan model pertama yang menerima nadi V8 ini dan dipersembahkan pada acara Geneva Motor Show ke-40.


2. BMW 8 Series pertama


Nombor 8 diperkenalkan buat kali pertama di dalam barisan penawaran model BMW pada tahun 1989 (BMW 8 Series). 

Salah satu pencapaian teknologi yang menakjubkan pada ketika itu ialah pengenalan ciri pendikit pemacu berwayar elektronik, Kawalan Kestabilan Dinamik (DSC) serta Pengendalian Aktif Integral (IAS) dengan penggunaan sistem suspensi multi-link. 


3. BMW Z8


Model roadster klasik BMW Z8 yang diinspirasikan daripada BMW 507 itu membuat kemunculan di dalam filem James Bond "The World Is Not Enough". 


4. Enjin diesel 8 silinder pertama di dunia


Enjin diesel berkonfigurasi V8 pertama di dunia ini digunakan sebagai nadi kepada BMW Concept Z9.


5. BMW M5 dengan enjin 8 silinder


Jentera BMW M5 generasi ketiga didatangkan dengan enjin 5.0 liter V8 dengan kuasa sekitar 400 hp, daya kilas 500 Nm dan pecutan sepantas 5.3 saat dari 0-100 km/j.


6. BMW i8 pertama di Malaysia


BMW Malaysia memperkenalkan model sport BMW i8 pertama pada tahun 2015 yang menawarkan prestasi berteknologi tinggi dan masih mampu menandingi kadar penggunaan bahan api dan emisi kereta kompak.


7. BMW i8 Roadster pertama di Malaysia


Beberapa tahun kemudian, BMW Malaysia membawakan kepada anda ikon era baharu BMW i8 Roadster, sport hibrid dua tempat duduk bumbung terbuka. 


8. Jualan rekod selama 8 tahun berturut-turut


Tahun 2018 mencatatkan sejarah sebagai tahun kelapan bagi rekod jualan terbaik bagi BMW Group dan BMW Group Malaysia yang membuka ruang untuk tahun baharu yang mengujakan dengan portfolio produk yang mantap - bermula dengan 'Story of Luxury' bermula Mac ini. 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Sedan elektrik mewah itu kini dilengkapi standard dengan Pengecas Profesional AC yang memiliki…
Berita Domestik
Perkhidmatan eksklusif dengan BMW i7 itu akan dibuka secara eksklusif kepada penumpang Enrich…
Model Terbaharu
Jika dilihat pada saiz dan namanya, i5 eDrive40 merupakan versi EV bagi model 5 Series generasi…