Acura TLX Type S PMC Edition Gotham Gray, 3.0L turbo 355 hp, RM291 ribu di AS!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Acura TLX Type S PMC Edition Gotham Gray
Acura TLX Type S PMC Edition Gotham Gray
Jika Toyota mempunyai Lexus, Honda pula menawarkan pelbagai model premium melalui jenama khas Acura.

Dari segi sejarah, Acura yang ditubuhkan pada Mac 1986 merupakan jenama automotif mewah pertama dari syarikat Jepun mendahului Lexus dan Infiniti.

Jika model Acura sebelum ini dibayangi Honda, produk terbaru tampil dengan identiti sendiri dan satu daripada daripada sedan yang menggiurkan ialah TLX.

TLX diletakkan di atas model ikonik yang baru dihidupkan semula iaitu Integra. Adat untuk Acura ialah menawarkan varian berprestasi yang dikenali sebagai Type S.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Acura TLX Type S PMC Edition Gotham Gray

 

Lebih istimewa dan 'rare' apabila Acura memperkenalkan 50 unit TLX Type S PMC Editions dalam warna kusam (matte) Gotham Gray.

Warna kusam yang sama digunakan pada NSX Type S dan bukan sekadar kusam biasa, cat itu jenis metalik bagi menaikkan lagi aura 'jahat' TLX Type S.

Imej gelap diteruskan pada logo TLX, Type S dan SH-AWD dalam warna hitam kilat.

Selain warna kusam, beberapa komponen dilayangkan cat Berlina Black seperti pemegang pintu, sebahagian bawah skirt sisi dan rim 20 inci dengan corak Y ala NSX.

 

Acura TLX Type S PMC Edition Gotham Gray

 

Rim itu dipadan dengan tayar Pirelli P Zero Summer saiz 255/35 R20 97Y.

Lagi identiti istimewa ialah spoiler gentian karbon kilat, peresap gentian karbon, bahagian bawah skirt sisi karbon dan empat muncung ekzos dalam warna hitam krom.

Pada bahagian dalam, TLX Type S PMC Edition menggunakan panel dengan kemasan gentian karbon, balutan kulit Red Milano dan Ultrasuede® dan sulaman hitam.

Alas kaki dihiasi logo Type S dan identiti edisi terhad disahkan melalui plat nombor siri pada konsol tengah.

 

Acura TLX Type S PMC Edition Gotham Gray

 

Berbeza daripada TLX lain dengan enjin 2.0 liter turbo, model Type S dibekalkan enjin 3.0 liter turbo enam silinder yang menghasilkan 355 kuasa kuda (hp) pada 5,500 rpm.

Daya kilas Type S setinggi 480Nm dengan julat 1,400 hingga 5,000 rpm. Enjin itu menggunakan turbo jenis twin-scroll berbanding mono-scroll pada TLX 2.0 liter.

Lagi ciri khas ialah sistem pacuan semua roda SH-AWD® (Super Handling All-Wheel Drive™) yang turut digunakan pada TLX A-Spec dan ke atas.

 

Acura TLX Type S PMC Edition Gotham Gray

 

50 buah edisi khas Gotham Gray dipasang dengan tangan di Performance Manufacturing Center (PMC) di Ohio yang juga pusat pemasangan NSX.

Satu yang istimewa, model PMC Edition dibungkus dengan balutan rekaan khas bagi melindungi cat dan dihantar ke pengedar Acura menggunakan trak tunda tunggal dan bertutup.

Setiap unit Acura TLX Type S PMC Edition – Gotham Gray dijual pada harga (MSRP) $65,000 (RM291,414.77).

Penulis: Muhammad Md Tajudin