Acura TLX Type S PMC Edition, 3.0L turbo V6, 300 unit untuk AS!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Acura TLX Type S PMC Edition
Acura TLX Type S PMC Edition
Acura Integra yang diperkenalkan pada Jun lalu menerima perdebatan hangat. Ini boleh difahami memandangkan Integra merupakan model yang mempunyai ramai peminat sejati.

Dari segi susunan, Acura meletakkan Integra sebagai model kemasukan atau pintu kepada beberapa lagi produk lain seperti sedan TLX, SUV RDX dan MDX.

Berada di atas Integra ialah TLX yang kini berada di dalam generasi kedua selepas dilancarkan pada 2020 dan kedua-dua Integra dan TLX mempunyai gaya reka bentuk yang hampir sama.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Acura TLX Type S PMC Edition

 

Tidak sekadar sedan premium, Acura menghangatkan tawaran dengan memperkenalkan TLX Type S pada 2021.

Lebih eksklusif, Acura memperkenalkan TLX Type S PMC Edition pada Julai 2022 dan dihadkan kepada 300 unit sahaja untuk pasaran Amerika Syarikat.

PMC merujuk kepada Pusat Pengeluaran Prestasi di Ohio yang juga mengeluarkan kereta super NSX.

Malah, TLX Type S PMC Edition adalah hasil tangan juruteknik pakar (master technician) yang turut memasang NSX Type S.

 

Acura TLX Type S PMC Edition

 

Daripada 300 unit yang ditawarkan, setiap 100 unit dibuat dalam warna sama seperti NSX dan dibahagikan kepada Curva Red, 130R White dan Long Beach Blue.

Tarikh tempahan pula disusun dengan Curva Red pada 6 Oktober, 130R White pada 9 November dan Long Beach Blue pada 8 Disember.

Warna dalaman untuk ketiga-tiga model juga tidak sama iaitu Ebony (hitam keperangan) untuk Curva Red, merah untuk 130R White dan orkid untuk Long Beach Blue.

Ciri lain pada edisi terhad ini ialah Berlina Black untuk bumbung, antena dan pembuka pintu. Empat muncung ekzos dibuat dalam warna hitam krom.

 

Acura TLX Type S PMC Edition.06

 

Spoiler dan peresap belakang gentian karbon dalam kemasan kilat manakala bahagian bawah skirt sisi dan logo berwarna hitam kilat.

Roda saiz 20 inci dengan rongga Y pula dilayangkan warna tembaga dan pertama kali digunakan untuk model Acura.

Di sebalik roda depan ialah brek depan Brembo® yang merah menyala dan membalut roda ialah tayar musim panas Pirelli P-Zero saiz 255/35.

Pada bahagian dalam, model ini dipasang panel kemasan gentian karbon, pelapik ambang pintu bercahaya, dan alas kaki premium dengan logo Type S.

 

Acura TLX Type S PMC Edition.06

 

Kerusi dibalut kulit Milano dengan riasan Ultrasuede® dan plat nombor siri dilekatkan pada konsol tengah.

Pemandu mengendalikan kereta melalui stereng rata bawah dan mempunyai fungsi pemanas.

Menghiburkan pemandu dan penumpang ialah sistem audio premium ELS STUDIO 3D® dengan 17 pembesar suara.

Paparan skrin 10.2 inci dioperasikan melalui True Touchpad Interface™.

 

Acura TLX Type S PMC Edition

 

Menggerakkan TLX Type S PMC Edition ialah enjin 3.0 liter V6 turbo berkuasa 355 hp dan daya kilas 480 Nm dari serendah 1,400 rpm.

Enjin 3.0 turbo ini tidak dipasang pada TLX standard dan eksklusif untuk TLX Type S dan dipadan bersama transmisi automatik sepuluh kelajuan.  

Enjin ini diperbuat daripada aluminium, menggunakan pancitan jenis terus, turbo twin scroll tunggal dan Variable Timing Control™ (VTC™) pada kedua-dua aci kemasukan dan ekzos.

Dari segi pengendalian, kereta ini menggunakan pacuan Super Handling All-Wheel Drive™ (SH-AWD®) dengan torque-vectoring.

 

Acura TLX Type S PMC Edition

 

Harga akhir belum didedahkan kecuali nilai jangkaan dalam lingkungan AS$60,000 (RM282,120) hingga AS$65,000 (RM305,630) untuk sebuah sedan premium edisi terhad.

Satu lagi keistimewaan, setiap unit TLX Type S PMC Edition akan dibalut menggunakan penutup kereta khas bagi melindungi cat semasa penghantaran.

Setiap unit juga dihantar ke pengedar Acura menggunakan pengangkut kereta tunggal.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Acura TLX Type S PMC Edition

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  TLX juga satu daripada model Acura yang menggunakan enjin 2.0 liter VTEC Turbo.  Sebuah lagi…
Berita Global
Setelah beberapa gambar acah didedahkan sepanjang tempoh sehingga sekarang, akhirnya Acura telah…