Acura RDX - Inilah jawapan Honda kepada BMW, Audi dan Volvo

oleh Muhammad Md Tajudin|
Lexus dan Infiniti adalah jenama premium di bawah Toyota dan Nissan. Kedua-dua jenama ini dipasarkan di negara kita dan jika dibuat perbandingan, Lexus lebih menyerlah jika diukur dari segi jumlah di atas jalan raya dan senarai model.

Persaingan kedua-dua jenama ini boleh diibaratkan sebagai 'limpahan' kepada persaingan model-model massa yang dikeluarkan oleh Toyota dan Nissan.

Lexus dan Infiniti juga adalah jawapan kepada penggemar kedua-dua jenama ini apabila mahu menaik taraf kepada kenderaan yang lebih premium.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Acura RDX

 

Jenama premium ini juga sebenarnya berfungsi sebagai 'penghalang' daripada pelanggan beralih ke model premium buatan Jerman.

Dalam membicarakan hal ini, satu jenama dilihat ketinggalan dalam bersaing di peringkat global.

Di manakah Honda?

Suatu yang menarik apabila Honda adalah syarikat Jepun pertama yang mengeluarkan jenama mewah atau dikenali sebagai Acura.

 

Acura RDX

 

Acura dilancarkan di Amerika Syarikat dan Kanada pada tahun 1986 dan model pertama yang dipasarkan ialah Legend.

Kejayaan model pertama ini lah yang merupakan salah satu faktor Toyota dan Nissan menubuhkan jenama mewah masing-masing.

Walaupun Acura adalah jenama mewah pertama namun pasarannya terhad kepada negara-negara terpilih sahaja. Lexus dan Infiniti dilihat lebih giat dibangunkan jadi tidak hairanlah model-modelnya ditawarkan di negara kita.

 

Acura RDX

 

Selain itu, Lexus juga telah beralih dari perkongsian identiti dengan Toyota kepada gayaan tersendiri.

Lihat sahaja siri GS, LS, dan RX terkini, semuanya terletak megah dengan sofistikated dan identiti tersendiri.

Walaubagaimanapun, Acura tidak duduk diam, lihat SUV terbaru ini atau dikenali sebagai RDX.

Dari segi reka bentuk RDX melambangkan identiti terbaru Acura dan dilihat seperti mahu berlari sepantas Lexus.

RDX berada dalam segmen sama serta bersaing secara berdepan dengan model premium Eropah lain seperti Audi Q5, BMW X3, Mercedes-Benz GLC dan Volvo XC60.

 

Acura RDX

 

Acura betul-betul melabur dalam RDX generasi ketiga di mana ia adalah model pertama yang dibangunkan dari asas mengikut arah tuju Precision Crafted Performance yang dipegang jenama ini.

Model baharu ini menggunakan enjin suntikan terus dan turbo 2.0 liter DOHC VTEC yang dipadankan bersama transmisi sepuluh kelajuan automatik.

Enjin keluarga Honda itu berkuasa 272 hp dan tork 379 Nm. Enjin itu juga dikatakan mempunyai 40 peratus lebih tork pada julat kuasa enjin rendah berbanding enjin 3.5L V6 sebelum ini.

Selain enjin Honda, RDX turut mengguna satu teknologi pacuan yang biasa didengari iaitu Super Handling All-Wheel Drive™ (SH-AWD®). Secara asasnya teknologi ini berfungsi dengan membahagikan kuasa pacuan di antara roda depan dan belakang untuk lebih cengkaman.

 

Acura RDX

 

Untuk pemanduan dipelbagai permukaan, RDX dilengkapi empat jenis mode iaitu Snow, Comfort, Sport dan Sport+.

RDX baharu ini sebenarnya adalah generasi RDX pertama yang direka bentuk dan dibangunkan di Amerika Syarikat. Ia direka bentuk di Studio Rekaan Acura yang terletak di Los Angeles, California dan kerja-kerja pembangunan di Raymond, Ohio.

RDX adalah model popular dalam barisan produk Acura dan sejak dilancarkan pada tahun 2006 jualan di Amerika Syarikat telah pun mencecah 375,000 unit.

Dengan produk yang menarik dan hebat ini mungkin sudah sampai masanya Honda memikirkan alternatif untuk pelanggan terutama sekali di Malaysia selepas mereka selesai membeli Accord dan CR-V. 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Acura RDX

Berita Berkenaan

Berita Global
Panggilan semula itu menjejaskan lebih 750,000 unit kereta Honda dan Acura keluaran dari 2020…
Berita Global
Perkara itu disahkan sendiri oleh CEO Honda, Toshihiro Mibe dalam satu temubual oleh laman Autocar…
Berita Global
Menurut laporan, masalah ini berpunca daripada komponen pendesak pam bahan api yang tidak dibentuk…