Acura NSX Zanardi Edition #43 untuk dijual - harga dari RM308k

oleh Mohamad Hanif|
Honda NSX atau Acura NSX di pasaran Amerika merupakan antara model kereta sports Jepun yang menarik perhatian suatu ketika dahulu tatkala Nissan memiliki GT-R dan Toyota dengan Supra-nya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

NSX generasi pertama merupakan model produksi massa pertama di dunia yang menampilkan casis aluminium sepenuhnya, hadir dengan konfigurasi enjin tengah (midship) dan pakej stail aerodinamik yang diinspirasikan daripada kokpit jet pejuang F-16.

Untuk pasaran Amerika Syarikat, Honda ada pernah menawarkan versi eksklusif dengan binaan sebanyak 51 unit yang dihasilkan pada tahun 1999, iaitu Zanardi Edition.

 


Acura NSX Zanardi Edition diproduksikan bagi meraikan kemenangan Alex Zanardi di dalam kejuaraan CART IndyCar untuk pasukan Honda pada tahun 1997 dan 1998, dan kesemua unit didatangkan dengan warna New Formula Red.

Secara asasnya, spesifikasi NSX Zanardi Edition lebih menyerupai spesifikasi NSX Type S untuk pasaran Jepun, kecuali pemanduan sebelah kiri, tempat duduk balutan kulit dan suede, jahitan merah, roda stereng dengan beg udara, tandatangan Zanardi dan kemasan nombor siri 1 sehingga 51.

 


Perbezaan diteruskan lagi dengan pengurangan berat badan sebanyak 68 kg, terima kasih kepada penggunaan bumbung kekal, spoiler belakang yang lebih ringan, kaca belakang tunggal, set rim aloi BBS, bateri ringan dan juga sistem stereng manual menggantikan stereng berkuasa elektrik.

Acura NSX Zanardi Edition ini hadir dengan enjin C32B bentangan V6 3.2 liter yang mampu menjana 290 kuasa kuda dan 305 Nm daya kilas, dipadankan dengan transmisi manual lima nisbah kelajuan serta pacuan roda belakang.

 


Namun, barang harus diingat, jentera dengan jarak perbatuan 91,733 kilometer ini tidak datang dengan harga jualan yang munasabah.

Menurut laman web Bring A Trailer, anda perlu membida harga yang lebih bersesuaian dan ketika artikel ini sedang ditulis, ia memiliki tanda harga sekitar $70,650 (RM308 ribu).

 


Tepuk dada, tanyalah selera!

Sumber: Bring A Trailer

Berita Berkenaan

Berita Global
Biarpun berdepan dengan risiko senarai hitam, ia tidak menghalang seorang pemilik Spectre untuk…
Berita Global
Salah satu barang panas itu ada di Amerika Syarikat, di mana model tahun 1990 yang masih lagi…
Berita Global
Koleksi Datsun Z ini sebenarnya dimiliki oleh seorang pengumpul yang juga memegang keahlian dalam…