Acura NSX Type S 2022 dilancarkan - 600 hp/667 Nm, 350 unit sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Tidak pun lama selepas teaser diperlihatkan, Honda (Acura) akhirnya secara rasmi melancarkan model pengakhiran kepada generasi kereta sports Acura NSX dengan pengenalan edisi khas terhad NSX Type S.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Unit trenkuasa hibrid sedia ada diberikan peningkatan kuasa, di mana Acura mendatangkan naiktaraf turbo daripada jentera lumba NSX GT3 Evo dengan peningkatan tekanan boost sebanyak 6 peratus, diikuti dengan penggunaan unit pancitan bahan api baharu dan intercooler yang dipertingkatkan.
 

Engine


Dengan peningkatan ini, enjin 3.5 liter V6 turbo berkembar dengan tiga motor elektrik itu kini berupaya menghamburkan kuasa setinggi 600 hp dan 667 Nm, peningkatan kuasa sebanyak 27 hp dan daya kilas 22 Nm berbanding NSX standard.

Selain daripada itu, Acura turut menaikkan kapasiti bateri sebanyak 20 peratus, output bateri 10 peratus lebih tinggi sementara nisbah gear untuk motor di hadapan diubah kepada 8.05:1 daripada 10.382:1 pada model terdahulu.

Sistem transmisi klac berkembar sembilan kelajuan juga turut diberikan penekanan, di mana ia kini mampu menukar gear 50 peratus lebih cepat, serta dilengkapi dengan Rapid Downshift Mode yang membolehkan sistem melangkaui beberapa gear semasa penukaran downshift yang pantas.
 

NSX


Dari aspek pengendalian, Acura NSX Type S didatangkan dengan rim tempa yang boleh dikemaskan dengan Matte Shark Gray atau Gloss Berlina Black, serta balutan tayar Pirelli P Zero.

Acura turut menawarkan Lightweight Package dengan penjimatan berat sekitar 26.2 kg yang menambah sistem brek seramik-karbon, pelindung enjin gentian karbon serta trim dalaman gentian karbon.
 

NSX


Jika dibandingkan dengan NSX terdahulu, NSX Type S kini memiliki bukaan gril hadapan yang lebih besar untuk penyejukan enjin yang lebih baik, ditambah dengan splitter hadapan, side sills, bumbung dan spoiler belakang yang diperbuat daripada gentian karbon.

Unit diffuser pada bahagian belakang juga diperbuat daripada gentian karbon dan menyamai unit yang ada pada jentera lumba NSX GT3.

Kemasan ruang kabin pula disudahi dengan penggunaan bahan Alcantara pada headliner, logo Type S serta logo NSX yang disulam pada penghadang kepala.
 

NSX


Hanya 350 unit sahaja yang akan dihasilkan, dengan harga jualan bermula dari $169,500 (RM718 ribu) atau $182,500 (RM773,161) sekiranya anda memilih Lightweight Package.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Panggilan semula itu menjejaskan lebih 750,000 unit kereta Honda dan Acura keluaran dari 2020…
Berita Global
Perkara itu disahkan sendiri oleh CEO Honda, Toshihiro Mibe dalam satu temubual oleh laman Autocar…
Berita Global
Menurut laporan, masalah ini berpunca daripada komponen pendesak pam bahan api yang tidak dibentuk…