Ini kerana berdasarkan rekod jualan yang diperoleh daripada Goodcarbadcar, Acura telah berjaya menjual hanya 128 unit NSX pada tahun lalu, berbanding 192 unit BMW i8 untuk tempoh yang sama.
Apa yang lebih memalukan, BMW hanya memproduksikan model i8 sehingga bulan Jun 2020, di mana kebanyakan pengedar hanya menjual sisa saki baki model i8 yang masih wujud.
Untuk tahun 2019 pula, Acura berjaya menjual 238 unit NSX sementara BMW berjaya merekodkan jualan purata sebanyak 1,000 unit i8 untuk setiap tahun, dengan angka pencapaian tertinggi dicatatkan pada tahun 2015 (2,200 unit).
Dari segi penawaran, kedua-dua model merupakan jentera halo yang menampilkan susun atur enjin tengah (mid-engine), trenkuasa hibrid dan harga jualan bermula dari $150,000 (RM606 ribu).
Namun atas kertas, Acura NSX ternyata memiliki kelebihan yang tersendiri, dengan angka output 573 hp daripada enjin V6 dan gandingan tiga motor elektrik.
Sementara BMW i8 pula hanya menghasilkan 369 hp daripada enjin 1.5 liter tiga silinder sebaris yang dipadankan dengan dua motor elektrik.
Jika dibandingkan dengan model-model lain yang dilengkapi dengan enjin pembakaran dalaman sahaja, Honda NSX juga nampaknya kalah teruk kepada Audi R8 (583 unit), Mercedes-AMG GT (hampir 2,400 unit) dan Porsche 911 (2,400 unit untuk tempoh suku keempat 2020!).
Jadi, di manakah silapnya model Acura NSX itu?
Sumber: Goodcarbadcar