Acura NSX dengan trailer dari NSX!

oleh Mohamad Hanif|
Tidak seperti generasi baharu NSX yang kian dilupakan, generasi pertama NSX merupakan sebuah kereta sports sebenar yang dihasilkan oleh Honda dan sehingga kini masih lagi menjadi buah mulut para peminatnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun sudah lama dihentikan produksinya, harga dan nilai sebuah Honda NSX kini semakin melonjak naik bergantung kepada kondisi serta modifikasi yang telah dibuat.
 

NSX


Bagi mereka yang mahu mencari satu kelainan, boleh cuba lihat sendiri hasil kerja yang dilakukan oleh Chris Cut menerusi kenderaan rentas negeri Acura NSX.

Apa yang menarik perhatian, Acura NSX ini menampilkan sebuah lagi 'mini' NSX di bahagian belakang, di mana ia sebenarnya merupakan sebuah trailer yang diperbuat daripada NSX sebenar!

 NSX


Usah marah, ini kerana trailer NSX itu sebenarnya diperoleh daripada bangkai kereta NSX yang telah dua kali mengalami kemalangan, sebelum ia diberikan nafas baharu sebagai sebuah trailer camper.

Reka bentuk asal masih dikekalkan di mana trailer itu kini menempatkan ruang storan barangan ketika perjalanan merentas negeri, serta ditambah dengan khemah bumbung serta ruang khas untuk penyimpanan Honda Motocompo!
 

NSX


Untuk memastikan trailer NSX ini sah digunakan di atas jalan raya mengikut undang-undang DMV, Chris menambah beberapa unit lampu dan penanda sisi pada trailer tersebut, selain mengecatnya sama dengan warna asal Acura NSX milik beliau.

Acura NSX tahun 1996 itu masih lagi mengekalkan enjin 3.0 liter V6 VTEC dengan modifikasi header daripada Comptech, sistem kemasukan udara K&N dan sistem ekzos titanium Pride V2.

Sumber: MotorTrend

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk makluman, unit terakhir yang keluar dari barisan produksi merupakan sebuah NSX Type S, dengan…
Berita Global
Contoh yang agak menarik untuk ditampilkan kali ini ialah sebuah Acura NSX generasi pertama (lampu…
Berita Global
Unit terakhir itu merupakan sebuah NSX Type S yang diperkenalkan pada tahun lalu, dan angka…