Acura Integra 2023 - nadi 1.5 liter turbo, 200 hp, 260 Nm, opsyen manual untuk versi A-Spec sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Kembar kepada Honda Civic Si, Acura Integra 2023 kini rasmi dilancarkan dengan membawakan kembali nama ikonik yang telah pun dipadamkan untuk tempoh beberapa tahun sebelum ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sama seperti Civic Si, Acura Integra 2023 mendapat kuasa 200 hp dan 260 Nm daripada nadi 1.5 liter turbo, dengan penawaran kotak gear CVT sebagai standard.

Pilih varian A-Spec, pembeli boleh mendapatkan transmisi manual enam nisbah kelajuan yang turut dilengkapi dengan ciri rev-matching dan LSD.
 

Integra


Varian ini juga turut mendapat rim bersaiz 18 inci kemasan Shark Gray, lampu kabus, kemasan hitam berkilat pada keliling tingkap, trim pada bahagian hadapan dan belakang, diikuti dengan spoiler belakang kecil.

Ruang kabin pula didatangkan dengan skrin instrumen digital bersaiz 10.2 inci, skrin tengah bersaiz tujuh inci, kemasan upholsteri kulit sintetik yang boleh dipilih dengan warna Ebony, Red atau Orchid, serta ciri pemanas pada tempat duduk hadapan.

Ciri keselamatan Acura Integra 2023 merangkumi ciri seperti mitigasi pelanggaran, pengesanan papan tanda trafik, kawalan jelajah adaptif, bantuan pengekalan lorong, sistem pemantuan titik buta dan amaran lintasan trafik belakang.

Versi CVT mendapat ciri khusus Traffic Jam Assist.
 

Integra


Tidak cukup dengan itu, Acura turut menawarkan opsyen Technology Package untuk varian A-Spec dengan ciri seperti peredam adaptif dengan pilihan mod Comfort, Normal, Sport dan juga Individual yang membolehkan larasan pada stereng, respons enjin dan suspensi.

Pakej Technology ini juga menggantikan skrin infotainmen standard kepada paparan bersaiz sembilan inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto nirwayar, Alexa, paparan head up 5.3 inci, sistem audio stereo 16 pembesar suara, slot pengecasan USB C, pad pengecasan nirwayar dan sistem pencahayaan ambien.

Kerusi pemandu larasan lapan cara telah digantikan dengan ciri larasan 12 cara dengan fungsi memori, sementara kerusi penumpang depan boleh dilaras empat cara.
 

Integra


500 orang pembeli pertama yang membuat tempahan akan mendapat NFT (nonfungible token) asas, dan ia boleh dinaiktaraf kepada NFT unik hasil karya Andreas Wannerstedt setelah kereta diterima oleh pemilik masing-masing.

Harga jualan dianggarkan bermula dari $30,000 (RM125,610) di Amerika Syarikat.

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada menyertai perlumbaan endurans, pasukan HART juga turut aktif di dalam perlumbaan…
Berita Global
Namun, ia berkongsi nadi 2.0 liter turbo yang sama, di mana ia mampu menjana kuasa setinggi 320 hp…
Berita Global
  Integra ini diubah suai oleh Tony Star Performance dan dibawa ke pelbagai pameran dan acara…