Acu pisau kepada pemandu lori, pembuli ditahan polis (video di bawah)

oleh SALINA JALIL|
Tindakan seorang pemandu lori dipercayai pembuli jalanan yang mengacukan sebilah pisau terhadap pemandu lori lain di Jalan Parang, Bandar Sultan Suleiman, Klang membawa padah apabila ditangkap tengah malam tadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Suspek berusia 40-an itu diberkas kira-kira pukul 12.25 tengah malam tadi sekitar daerah ini.

 

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, penangkapan itu susulan laporan polis dibuat seorang pemandu lori berusia 30-an kira-kira pukul 5.15 petang semalam.

 

Katanya, semasa kejadian lori dipandu mangsa telah dipintas dan ditahan sebuah lori lain yang dipandu suspek berkenaan.

 

“Suspek dikatakan telah turun dari lori dengan membawa sebilah pisau dan terus mengugut mangsa dengan kata-kata ‘ You tak kenal lagi siapa aku, Kau tunggu aku cari kau’.

 

“Berdasarkan siasatan mendapati motif kejadian lebih kepada pembuli jalan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Beliau menambah, semakan rekod mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan curi motosikal namun ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah.

 

Vijaya menegaskan, pihaknya telah mendapat tempoh reman selama tiga hari terhadap suspek dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

 

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 31 saat di laman aplikasi WhatsApp memaparkan aksi seorang lelaki mengacukan senjata dipercayai pisau terhadap pemandu lori yang berjaya dirakam pengguna jalan raya lain.

 

Video di bawah:

 

 

– KOSMO! ONLINE

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Menurutnya, susulan itu polis telah menjalankan serbuan ke rumah suspek di Nilam Puri di sini…
Berita Domestik
Akhirnya, sesuatu yang kita harapkan tidak berlaku akhirnya berlaku. Seorang pembonceng, Mimi…