ACO Tech memeterai perjanjian strategik dan lancar sistem operasi maklumat hibur kereta ATLAS

oleh SALINA JALIL|
ACO Tech Sdn Bhd (ACO), sebuah syarikat tempatan yang menumpukan kepada merevolusikan pengalaman pemanduan menerusi kesalinghubungan digital, secara rasminya melancarkan ACO Tech Local Automotive Services atau ATLAS, satu sistem operasi maklumat hibur kereta.


ACO Tech turut mengumumkan kerjasama strategik bersama UOB Malaysia - ahli bank UOB, peneraju bank Asia, Fass Payment Solutions Sdn Bhd (“Fasspay”) - peneraju pembekal e-dompet label putih berlesen dan syarikat tenaga digital tempatan - FIVE Petroleum Malaysia (FIVE) bagi mengeluarkan pengalaman pengguna generasi baharu yang diperibadikan dengan industri automotif.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang hadir pada pelancaran itu berkata ATLAS mewakili satu pencapaian penting sektor automotif tempatan, yang sedang mengalami transformasi digital yang pesat diterajui oleh kemajuan terkini dalam mobiliti pintar.

 

“ATLAS meningkatkan sektor automotif tempatan ke tahap baharu yang akan memberi manfaat kepada kita semua. Teknologi pintar ini berpotensi untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti kami.

 

“Ia sangat membanggakan saya apabila melihat syarikat tempatan Malaysia daripada pelbagai sektor berkumpul untuk berkongsi kepakaran dan membangunkan serta menggabungkan teknologi bagi meningkatkan kualiti hidup pemandu Malaysia,” katanya pada majlis tersebut pada hari Selasa.
 

 

Ketua Pegawai Eksekutif ACO TECH,  Li Pu berkata pengeluar kereta Malaysia sedang berusaha untuk memberikan pengalaman pemanduan yang berkaitan dan yang disesuaikan kepada pengguna.

 

“Kami teruja untuk bekerjasama dengan kekuatan rakan kongsi kami. Sumber mereka yang teguh membolehkan kami meluaskan lagi kecekapan ATLAS untuk memastikan kami sentiasa kekal relevan dan penawaran kami boleh diakses di mana-mana sahaja.

 

"Pada asasnya, visi kami adalah untuk memperkaya dan melengkapkan setiap bahagian kehidupan pengguna kami dengan cara yang terbaik," katanya.

 

Antara perkhidmatan ATLAS ialah isian semula minyak, maklumat hibur kereta dan komunikasi manakala fungsi e-dompet akan tersedia menjelang suku keempat tahun ini.

 

Di bawah perkongsian ini, ACO Tech akan bekerjasama dengan UOB Malaysia, Fasspay dan FIVE bagi menghasilkan perkhidmatan terhubung dalam kenderaan hujung ke hujung, seterusnya memperluaskan ekosistem rakan kongsi ke dalam teknologi hak milik syarikat, ATLAS:-

 

  •  CIRI PEMBAYARAN KENDERAAN  -  ACO Tech, UOB Malaysia dan Fasspay (pembekal servis bahagian belakang teknologi kewangan) akan bekerjasama dalam menghasilkan sistem dompet digital dan sistem pembayaran automotif bersepadu yang direka khas untuk persekitaran dalam kereta. Ciri-ciri ini akan tersedia selewat-lewatnya pada Q4 2022.

 

  •  PENGALAMAN MEMANDU BEBAS GANGGUAN   -   Kerjasama bersama FIVE akan mengukuhkan lagi pengalaman pengguna ATLAS dengan menawarkan sokongan berkaitan automotif seluruh negara melalui rangkaian luas penyedia perkhidmatan yang diluluskan, peniaga automotif dan pengalaman mengisi minyak yang lancar di stesen minyak FIVE.

 

ACO Tech juga telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi mengembangkan lagi kerjasama bersama Huawei Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd. untuk membangunkan penyelesaian automotif berasaskan awan pada Huawei Cloud untuk pasaran serantau.

 

Pada masa ini terdapat lebih daripada 10,000 kereta di jalan raya yang dilengkapi dengan ATLAS dan dan aplikasi ATLAS Auto.

 

ATLAS kini tersedia di dalam kenderaan yang dilengkapi dengan ATLAS unit infotainment (IHU) yang menggunakan Android 10.0 dan ke atas. Untuk maklumat lanjut berkenaan ATLAS, sila layari https://acotech.my/

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam perjanjian tersebut adalah termasuk penerokaan penggunaan penyelesaian blockchain untuk…
Berita Domestik
Pay & Go merupakan aplikasi pembayaran pintar tempatan dari Sarawak yang boleh digunakan untuk…
Pelancaran
Terletak di Quill City Mall, PROTON DX merupakan pusat untuk peminat kereta dan teknologi yang…