ACH130 Aston Martin Edition - helikopter dari Aston Martin, harga mampu tengok!

oleh Mohamad Hanif|
Tidak, kami bukan berjenaka dengan anda yang inginkan sebuah kereta terbang pada tahun baru, akan tetapi ini adalah produk sebenar yang dilancarkan oleh Aston Martin.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bekerjasama dengan pembuat kapal terbang terkemuka, Airbus, Aston Martin melancarkan sebuah lagi produk yang niche bagi melengkapkan lagi portfolio produk mewah mereka, iaitu sebuah helikopter ACH130 Aston Martin Edition. 

 


Secara asasnya, ia merupakan sebuah helikopter penumpang rotor tunggal Airbus ACH130 yang diberikan nafas baharu mengikut citarasa dan inspirasi daripada kereta sports Aston Martin. 

Dari segi luaran, para pembeli boleh memilih satu daripada empat warna yang ditawarkan termasuklah Xenon Grey, Arizona Bronze, Ultramarine Black dan Stirling Green yang lebih unik. 
 


Komponen rotor cowling juga turut menampilkan nombor siri yang unik menggunakan huruf awalan Aston Martin Lagonda. 

Di bahagian kabin, kesemua komponen seperti tempat duduk, alat keselamatan dan kawalan penerbangan adalah serupa dengan peralatan standard yang ada pada Airbus ACH130 supaya ia tidak lari dari syarat yang dibenarkan.

Cuma, bagi menjadikan ia lebih premium, bahagian selebihnya di dalam kokpit telah dibaluti dengan bahan kulit dan mikrosuede seperti yang terdapat di dalam model Valkyrie. 
 


Elemen yang ada pada Aston Martin DB11 turut dimasukkan seperti penggunaan alas belakang tempat duduk hadapan yang diperbuat daripada gentian karbon, termasuklah set beg pelana yang diperbuat daripada kulit. 

Harga jualan rasmi bagi helikopter ACH130 Aston Martin Edition ini tidak diberitahu, namun untuk rujukan anda, harga jualan bagi helikopter standard Airbus ACH130 adalah bermula dari £2.4 juta (RM12.89 juta). 

Mahal? 
 


Menurut bos Aston Martin, Marek Reichmann (orang kaya) berkata, "kami tidak menghasilkan kereta untuk mereka yang memerlukan atau diperlukan, kami bina kereta yang diingini. 

"Jadi, seperti kereta-kereta kami, produk ACH130 ini adalah untuk kelompok yang mampu dan boleh memenuhi keinginan tersebut," ujarnya lagi. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, helikopter berkenaan sepatutnya diterima oleh TDM pada Nov lepas, bagaimanapun susulan…
Informasi
Menurutnya, H160 turut diiktiraf oleh European Union Aviation Safety Agency (EASA), US Federal…
Berita Domestik
  Katanya, sebuah helikopter didapati mendarat di lokasi berkenaan untuk menghantar seorang…