Acara itu telah menghimpunkan penunggang dengan pelbagai model Ducati dari seluruh dunia, termasuk Malaysia yang menunjukkan semangat dan cinta mereka terhadap jenama Ducati.
Di Malaysia, lebih 349 penunggang dari Malaysia yang menyaksikan tunggangan dari Kuala Lumpur, Penang, Terengganu dan Kelantan bersama Ducati masing-masing sebagai tanda perpaduan diantara pemilik Ducati seluruh dunia.
Hampir kesemua model Ducati dari pelbagai kategori dapat dilihat seperti Multistrada, Hypermotard, Monster dan Panigale telah bersama-sama menikmati perjalanan dengan keunikan jentera masing-masing.