Acara Expo Smart Nation, EVM Asia 2022 berlangsung di MITEC 27-29 September ini

oleh Penyumbang Rencana 2|
Pentas EXPO SMART NATION dan EVM 2022 bakal menjadi sebuah acara teknologi terbesar pada tahun ini menyaksikan Pameran Kenderaan Elektrik (EV)/Hibrid dan Mobiliti.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Acara ini akan berlangsung pada 27 hingga 29 September 2022 bermula 10.00am hingga 6.00pm di Malaysia International Trade Exhibition Centre (MITEC).

Acara ini akan dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Dato’ Sri Mustapa Bin Mohamed dan dihadiri bersama Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Ahmad Amzah Bin Hashim.

Seramai 20,000 orang pengunjung yang mewakili semua sektor utama ekonomi dijangka hadir dan bertemu secara eksklusif di tiga dewan ekspo yang disediakan. 

Selain itu, hampir 500 pameran dan jenama dari 23 buah negara bersedia untuk mempamerkan perkhidmatan capaian 5G,  teknologi ‘Bandar Pintar’, IR4.0 dan teknologi kenderaan EV/Hybrid. Ia disertakan dengan ciri-ciri teknologi dari Japan, Korea, Hungary, Malaysia, Singapura dan Taiwan.

Dengan bertemakan ‘Accelerating Digital Transformation’, acara pameran ini akan memberikan pengalaman yang hebat di mana pengunjung boleh mengetahui dan memahami bagaimana semua sektor ekonomi bertukar kepada ekonomi digital dan e-mobiliti dalam satu tempat. Malah lebih daripada 200 sesi padanan perniagaan akan diadakan sepanjang tiga hari acara ini berlangsung.  

Anda semua dijemput hadir ke EXPO SMART NATION 2022 dan EVM 2022 dengan kemasukan secara percuma menerusi pra-pendaftaran di www.smartnationexpo.org atau www.evmasia.com.

Penulis: IZRA