AC Schnitzer tawar sentuhan kosmetik pada BMW i4

oleh Mohamad Hanif|
Dengan mempunyai lebih 35 tahun pengalaman 'menyentuh' kereta-kereta berjenama BMW, reputasi AC Schitzer bukanlah satu perkara yang boleh dipandang enteng.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kini, syarikat talaan yang berpusat di Aachen itu mengorak langkah baharu dengan menawarkan pakej modifikasi yang dikhususkan untuk era baharu automobil menerusi model BMW i4.
 

BMW i4


Pemilik BMW i4 boleh memilih untuk memasang komponen aerodinamik seperti splitter depan, sayap sisi pada bampar, spoiler bumbung di belakang, spoiler trunk-lid, serta penambahan sirip pada bahagian kiri dan kanan belakang.

Selain itu, terdapat juga kit spring yang boleh merendahkan ketinggian kereta sebanyak 20-25 mm, serta pemasangan wheel spacer untuk penambahan dimensi trek.
 

AC


Terdapat juga pilihan rim 19 dan 20 inci dengan dua kemasan yang berbeza, atau rim AC4 Flow Forming bersaiz 20 inci dengan kemasan warna perak atau hitam, namun dengan rekaan dan saiz yang lebih lebar.

Untuk ruang kabin pula, terdapat pilihan untuk menambah pedal aluminium, tempat rehat kaki aluminium, pemegang kunci aluminium, pelindung kawalan rotari iDrive 'Black Line'.
 

AC


Sayang sekali, sentuhan AC Schnitzer tidak diteruskan pada bahagian motor elektrik sedan i4 ini.

Bermakna, pemilik terpaksa berpuas hati dengan penawaran kuasa standard kilang 281 hp pada model i4 eDrive35 dan 335 hp bagi model i4 eDrive40, atau sehingga 536 hp untuk versi i4 M50 yang dilengkapi motor elektrik berkembar.

Baca: Pandu Uji BMW i4 eDrive40 M Sport 2022

Berita Berkenaan

Berita Global
Dari segi kuasa, M3 Touring standard mampu menghasilkan kuasa setinggi 503 hp dan 650 Nm, namun…
Berita Global
Menerusi projek ini, AC Schnitzer mahu membuktikan tidak mustahil untuk melakukan modifikasi…
Berita Global
Penangguhan tersebut walaubagaimanapun tidak pernah menghalang penala Jerman terkenal AC Schnitzer…