ABT Urus Scatenato - SUV ganas 810 hp, 99 unit sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Biarpun nama ABT Sportsline lebih sinonim dengan jenama Audi, ia bukanlah satu penghalang bagi syarikat tersebut mencurahkan kreativiti mereka ke atas produk lembu liar Lamborghini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lebih tepat lagi, sebuah super SUV Lamborghini Urus yang menjadi idaman ramai itu.
 

Urtus


ABT Urus Scatenato (liar dalam bahasa Itali) membawakan nadi V8 4.0 liter turbo berkembar, dengan hamburan kuasa mencecah 810 hp, atau naik 144 hp terima kasih kepada teknologi Power R.

Dari sudut luaran, agresif mungkin satu kata sifat yang lebih sesuai dipadankan pada Urus Scatenato ini.
 

urus


Lihat sahaja pada penggunaan kit badan aerodinamik bagi memastikan SUV ini lebih stabil di atas jalan raya, seperti contoh spoiler berbilah di bahagian depan, skirt belakang yang telah diubahsuai, serta spoiler belakang yang tajam.

Tema gentian karbon juga turut menguasai SUV pantas ini, baik di bahagian luar atau di bahagian dalam.
 

urus


Menghiasi keempat-empat ruang arka roda ialah rim ABT High-Performance IRL 23 inci, sementara sisa pembakaran bahan api (dan runut bunyi harmoni) disalurkan keluar menerusi sistem ekzos dengan empat tip titanium.

Difahamkan, hanya 99 unit sahaja Urus talaan ABT Sportsline yang akan diproduksikan, dengan harga jualan tidak diberitahu.

Berita Berkenaan

Berita Global
Hanya 64 unit sahaja Audi RS6 Johann Abt yang akan diproduksikan dan malang sekali, kesemua unit…
Berita Global
Seperti yang diduga, ia menampilkan peningkatan kuasa di mana talaan diberikan kepada enjin 2.9…
Berita Global
Enjin asal 4.0 liter bentangan V8 turbo berkembar dengan bersahaja mampu menghamburkan kuasa 563 hp…