Abarth 595 esseesse, kecil-kecil cili berapi!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Abarth 595 adalah sebuah kereta yang kecil pada saiz tetapi besar pada kuasa. Harga pun sama besar. Model ini berada nun jauh di benua Eropah tetapi buat mereka yang berhajat, siri Abarth ada dijual di dalam negara oleh pengimport bebas.

Bagi meraikan ulangtahun Abarth yang ke-70, jenama berprestasi itu mengeluarkan satu varian istimewa yang dikenali sebagai 595 esseesse.

Esseesse bukan ditaip dengan salah, perkataan tersebut merujuk kepada SS di dalam bahasa Itali yang boleh juga bermaksud Super Sport.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Abarth 595 esseesse

 

Abarth 595 esseesse yang dilancarkan ini adalah generasi terkini selepas kit penalaan asal esseesse untuk Abarth 500 dikeluarkan pada tahun 2009.

Kit talaan tersebut berupaya meningkatkan kuasa Abarth 500 kepada 160 hp dan beberapa komponen lain seperti spring Eibach dan sistem brek berprestasi tinggi.

Selepas sepuluh tahun, esseesse kembali sebagai varian Abarth paling tinggi dengan enjin paling berkuasa iaitu 180 hp.

Komponen 500 esseesse bukan biasa-biasa, di antara kelengkapan standard ialah sistem ekzos Abarth by Akrapovic yang dibangunkan khas. Membantu pengendalian ialah LSD (limited slip differential) untuk cengkaman roda depan lebih mantap.

 

Abarth 595 esseesse

 

Juga standard ialah sistem brek hadapan Brembo dengan permukaan berongga dan angkup saiz besar berwarna merah. Rim aloi pula berukuran 17 inci Supersport dengan warna Racing White. Identiti lain 500 esseesse ialah grafik sisi Abarth dan pelindung cermin sisi.

Bahagian enjin yang kini lebih berkuasa menggunakan penapis udara BMC yang dapat memberi kelebihan dari segi pembakaran enjin berkualiti, output kuasa dan prestasi.

Untuk pengendalian, Abarth mengenakan suspensi belakang Koni FSD (Frequency Selective Damping) bagi menampung kuasa baharu dan pemanduan berprestasi.

 

Abarth 595 esseesse

 

Identiti perlumbaan 500 esseesse pada bahagian dalam disempurnakan oleh kerusi dengan bentuk dan sokongan baharu untuk menyambut pemanduan lebih agresif serta tanda istimewa logo 70 pada aras kepala.

Terdapat dua varian yang ditawarkan untuk pelanggan di United Kingdom iaitu Abarth 595 Esseesse 1.4 T-Jet 180hp berharga GBP25,295 (RM135,006) dan Abarth 595C Esseesse 1.4 T-Jet 180hp berharga GBP 27,295 (RM145,681).

Berita baik untuk mereka yang berminat, penulis baru sahaja menjumpai sebuah unit Abarth 695 yang ditawarkan di Naza Automall. Harganya? RM290,000 sahaja!

Penulis: Muhammad Md Tajudin