Abang sado viral dipenjara sembilan hari pula

oleh Hamimah Hamid|
ABANG sado yang minggu lalu dipenjara tujuh hari selepas tular videonya memukul kepala seorang pemandu wanita hari ini dipenjara sembilan hari selepas mengaku bersalah menampar dua pelayan restoran.

Majistret Mahkamah Cameron Highlands, QasiratulJannah Usmani Othman turut memerintah tertuduh Mohamad Zaim Faiz Tarmizi, 29 tahun didenda masing-masing RM1,000 untuk kedua-dua pertuduhan tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mengikut pertuduhan, penyelia kilang terbabit didakwa menampar pipi pekerja restoran V. Dennis Pillai, 24 tahun sebanyak empat kali kerana makanan dipesan lambat sampai. 

 

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di sebuah restoran nasi beriani di Tanah Rata, Cameron Highlands kira-kira pukul 4.20 petang 4 Jun lalu. 

 

Tertuduh turut didakwa menampar seorang lagi pekerja restoran yang sama bernama Samir Das sebanyak dua kali di pipi kiri pada tarikh dan waktu yang sama. 

 

Bagi kedua-dua pertuduhan, Mohamad Zaim Faiz didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan penjara setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya. 

 

Pada 9 Jun lalu, tertuduh dihukum penjara tujuh hari selepas mengaku bersalah mencederakan seorang pemandu wanita yang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands menuju ke Tapah. 

 

Video berdurasi 59 saat itu tular dan kemudian tular pula dakwaan daripada orang awam dia memukul pekerja restoran.