Abaikan lampu isyarat merah - penunggang motosikal maut

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tindakan seorang penunggang motosikal melanggar lampu isyarat merah membawa padah apabila dia menemui ajal dalam kemalangan tiga kenderaan di Kilometer 29 Jalan Johor Bahru-Gelang Patah-Pendas di sini malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 8.30 malam itu, mangsa, Mohamad Shafiq Sahar, 29, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada bahagian kepala dan anggota badan.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, ketika kejadian, mangsa menunggang motosikal Yamaha LC dari arah Gelang Patah menghala ke Lima Kedai di sini.

"Sejurus sampai simpang empat, mangsa dipercayai telah melanggar lampu isyarat merah lalu melanggar bahagian tepi sebuah van jenis Placer-X yang dipandu lelaki 27 tahun.

"Pada masa sama, sebuah lagi van jenis Toyota Hiace dipandu lelaki berusia 68 tahun yang berada di belakang mengelak daripada melanggar mangsa sebelum terbabas dan melanggar tiang lampu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dzulkhairi berkata, kedua-dua pemandu van terbabit turut mengalami kecederaan pada bahagian anggota badan dan tangan serta patah tangan kanan.

Jelasnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun  Ibrahim, Kulai untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - K! ONLINE

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, kejadian pada pukul  3.45…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, kemalangan jam 7.45 pagi itu…