AAM jawab balik kenyataan Pesuruhjaya Sukan Malaysia 

oleh HEZERI SAMSURI|
Persatuan Otomobil Malaysia (AAM) semalam akhirnya mengeluarkan kenyataan balas berkaitan isu AAM ditarik balik kuasa untuk penganjuran acara sukan bermotor di dalam negara.

Menurut siaran media itu, AAM mendakwa ia masih menerima mandat dari Badan-badan Sukan Bermotor Antarabangsa seperti FIA, FIM dan CIK untuk menganjurkan, memberi lesen perlumbaan, memberikan perlindungan insurans dan lain-lain urusan berkaitan dengan sukan bermotor di dalam Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Setakat hari ini, tidak ada surat dari mana-mana badan antarabangsa itu yang melucutkan hak AAM. 

Semua sukan bermotor yang dianjurkan di dunia sebenarnya perlu mendapat pengesahan dari badan-badan antarabangsa tersebut (FIA - sukan kereta, FIM untuk motosikal dan CIK untuk gokart) dan setiap dari badan itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana kerajaan negara.

Mereka juga tidak perlu mengikut arahan mana-mana kerajaan kerana mereka berdiri secara neutral.

Careta meminta pendapat beberapa wakil sukan bermotor tempatan dan laporan berkaitan itu akan menyusul kelak. 

Baca berita berkaitan isu ini di pautan di bawah.

https://www.careta.my/article/aam-hilang-kuasa-acara-anjurannya-tidak-lagi-sah

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perhimpunan Agung FIA di Paris semalam bersetuju untuk meluluskan penambahan masa bagi MAM yang…
Berita Domestik
Pelantikan tersebut dibuat semasa Perhimpunan Agung Tahunan FIM yang diadakan di Monaco baru-baru…
Berita Domestik
Perbincangan antara penggiat sukan bermotor dan pihak AAM yang menhadiri forum AAM Motorsport…